Artikel Pilihan

ENJIN SATU PISTON 300CC COSWORTH, BOLEH REV 20,000 RPM & 90HP

Mungkin anda jrang dengar nama Cosworth, tapi hakikatnya ia adalah sebuah firma yang memberi fokus kepada pembangunan enjin prestasi tinggi untuk perlumbaa, sistem trenkuasa, elektronik dan juga memberi sokongan teknikal kepada industri automotif

Firma ini telah mengumpul sebanyak 176 kemenangan di F1 sebagai pembuat enjin, berada di kedudukan nombor 3 di belakang Mercedes dan Ferrari. Firma ini diasaskan oleh Mike Costin dan Keith Duckworth pada tahun 1958. Malah firma ini juga bertanggungjawab bagi mereka dan menghasilkan enjin V12 6500cc NA yang menghasilkan 1000 kuasa kuda bagi Aston Martin Valkrie

Cosworth juga bertindak sebagai penasihat bagi menghasilkan enjin supercar Gordon Murray T50 4000cc V12 yang menghasilkan 653 kuasa kuda. Sebagai firma yang otai dalam bidang penghasilan enjin istimewa, Cosworth mempunyai cara yang unik dalam menghasilkan enjin yang dikehendaki oleh pelanggan mereka.

V12 6500cc

Bagi enjin Aston Martin Valkyrie, mereka menghasilkan enjin ujian 3 silinder 1625cc terlebih dahulu sebagai enjin ujian. Apa yang Cosworth lakukan ialah mereka cuba mendapatkan maklumat seperti berapa banyak kuasa yang diperlukan oleh pelanggan dan juga rekaan enjin yang dimahukan (V10, V8 atau V12)

Fasa kedua ialah jurutera Cosworth cuba dapatkan semua target pelanggan mereka dengan sistem pembakaran yang sempurna bagi enjin mereka terutama dari segi kuasa dan kecekapan bahan api. Setelah mencapai semua objektif, barulah enjin tadi diperbesarkan bagi mendapat semua kuasa enjin yang diinginkan. Bagi Aston Martin Valkyrie, enjin 3 silinder tadi digandakan menjadi 4 bagi mendapat semua 1000 kuasa kuda

Teknik ini juga digunakan oleh Cosworth ketika era F1 lewat 1990an bagi kegunaan jentera F1. Bagi menghasilkan enjin V10 yang berupaya dirembat sehingga 20,000 RPM, Cosworth hanya perlu menghasilkan enjin1 silinder bagi menguji ketahanan piston ring, cam dan juga struktur enjin. Jika enjin V10 tadi ada 3000cc, maka enjin 1 silinder ini hanya menggunkan 300cc sahaja tapi mengasilkan 1/10 kuasa yang diperlukan oleh Cosworth iaitu 90 kuasa kuda

Tapi enjin satu silinder ini mampu diperah sehingga 20,000 RPM tanpa masalah bagi memeriksa ketahanan enjin pada halaju yang ekstrim. Malangnya tork yang dihasilkan adalah rendah dengan ia hanya mampu menghasilkan tork yang tinggi bermula pada 14,000 RPM sahaja seperti yang diterangkan oleh Bruce Woods, Pengarah Urusan Cosworth

Bayangkan enjin 300cc satu silinder tapi ia menghasilkan 90 kuasa kuda, lebih tinggi daripada Perodua Axia 1000cc (66 kuasa kuda) dan hampir menyamai kuasa enjin 1300cc 4 silinder. Tapi enjin hanya sesuai digunakan untuk litar lumba, bukan digunakan untuk kereta biasa yang dipandu setiap hari ke tempat kerja.

Bayangkan anda perlu memerah 14,000 RPM untuk memastikan kereta anda mula bergerak di kawasan perumhan jam 6 pagi. Cukup sebulan mungkin anda terima surat peguam atau menerima ugutan bomoh siam yang menyebabkan anda muntah darah.

Google ads
Back to top button