Artikel Pilihan

INI KRITERIA KERETA PENTING, UNTUK PEMBELI ADA ANAK KECIL

Tahniah kami ucapkan kepada anda yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Mungkin sudah ramai yang menunggu kehadiran cahaya mata selepas berkahwin. Kali ini kami cuba mengupas aspek-aspek penting dalam pemilihan kereta yang sesuai untuk anda yang baru memiliki anak atau bayi.

Percayalah kereta sport zaman bujang yang sesuai untuk zaman mengorat bini anda sebenarnya sudak menjadi kurang sesuai sebaik sahaja anda. Sekiranya anda sedang “window shopping” kereta baru bagi menggantikan kereta zaman bujang, ini adalah aspek-aspek yang anda perlu ambil kira

1. Mampu milik – senang cakap, bayaran bulanan kereta baru mestilah dalam zon yang selesa sesuai dengan gaji anda. Perlu ingat kehadiran anak memerlukan anda membuat bayaran kad perubatan (serius mahal), pengasuh, mainan, baju, dan pelbagai aksesori untuk anak. Kerusi bayi untuk dipasang dalam kereta boleh menjangkau RM 1000 seunit

2. Suspensi kena selesa – jika membeli kereta baru, pastikan sistem suspensi iaitu spring dan penyerap hentak sesuai untuk kegunaan harian. Lupakan saja penyerap hentak keras dan spring sport kerana anda tidak mahu bayi anda terhentak-hentak ketika berjalan pulang ke kampung

3. Ruang bagasi – atau bonet kena besar, jadi anda boleh fokus kepada sedan, MPV atau SUV dengan 7 tempat duduk. Kebiasaan MPV atau SUV 7 tempat duduk ini datang dengan ciri kusyen barisan ke 3 yang boleh dilipat. Bonet bagi kereta sedan pula biasanya menawarkan ruang kargo sehingga 2 kali ganda berbanding versi hatchback.

4. Wajib ada poin ISOFIX – samaada anda membeli kereta baru atau terpakai, pastikan ia dilengkapi dengan ciri ini. Kajian oleh pihak keselamatan mendapati kerusi bayi yang dipasang dengan kaedah ISOFIX menawarkan perlindungan lebih baik berbanding dengan kaedah pemasangan tali keledar. Cek betul-betul kerana ada poin ISOFIX ini sukar diakses dan dipasang yang boleh menyebabkan anda naik darah

5. Wheelbase kena panjang – wheelbase atau karak antara roda ini adalah jarak dari pusat tayar depan ke tayar belakang. Parameter ini akan menentukan ruang dalaman kereta, sebab ia boleh menyediakan ruang untuk pemasangan kerusi bayi.

Selepas kerusi bayi dipasang, ia akan memakan ruang yang besar di bahagian belakang. Kadang kala penumpang depan susah untuk menyandarkan kusyen pada kedudukan selesa terutama sekali ketika perjalanan jarak jauh

6. Aspek keselamatan – ya pastikan kenderaan baru yang dipilih memiliki beg keselamatan udara yang banyak (minimum 2, maksimum 7), brek ABS, sistem kawalan kestabilan elektronik ESC, dan lebih baik jika kereta baru anda dilengkapi dengan sistem amaran pra-perlanggaran dan juga brek pra-perlanggaran. Melayan karenah anak anda sekejap boleh membuatkan anda hilang fokus pada pemanduan

HYUNDAI MOTOR ANNOUNCES NEW REAR OCCUPANT ALERT REDUCING CHILD HEAT HAZARDS

Bagi kenderaan baru, pastikan ia datang dengan ciri peringatan untuk membawa bayi anda keluar selepas sampai ke destinasi dan berupaya menghantar amaran bunyi jika bayi anda tertinggal dalam kereta. Ini kerana sesetengah kereta datang dengan sensor pengesan tekanan udara dan pergerakan. Sensor ini akan membuatkan sistem penggera diaktifkan

7. Penyaman udara – disebabkan cuaca di Malaysia agak panas sepanjang tahun, adalah bagus jika penyaman udara kereta baru anda berupaya menghasilkan aliran udara yang kuat untuk ke barisan kedua terutama bagi kerusi bayi yang menghadap ke belakang.

Bagi SUV atau MPV 7 tempat duduk dengan 3 baris kusyen, pastikan ia datang dengan corong penyaman udara di bahagian atas bagi memudahkan aliran udara sampai ke bayi anda yang diletak pada kerusi bayi.

Mungkin anda ada pengalaman membawa bayi berjalan jauh dan ada idea yang bagus berkenaan ciri tambahan yang perlu ada pada kereta. Kalau ada idea, boleh la tambah di ruang komen.

Google ads
Back to top button