Motosikal

HONDA PATENKAN MODEL CB350X, MOTOSIKAL ADV BAHARU BAKAL MUNCUL?

Baru-baru ini, Honda mencuri tumpuan apabila didapati telah mempatenkan sebuah motosikal enduro berkapasiti 350cc yang mirip dengan reka bentuk Royal Enfield Himalayan 450. 

Model yang dimaksudkan itu didakwa akan membawa nama CB350X dan akan dikuasakan enjin sama yang terdapat pada CB350. 

Difahamkan, Honda mengenal pasti terdapat permintaan tinggi bagi motosikal adventure/enduro bersesaran bawah 450cc sekaligus menyumbang kepada populari Royal Enfield Himalayan. Baru-baru ini, CFMOTO turut memperkenalkan 450 MT di pasaran global. 

Menurut laporan media antarabangsa, Honda tertarik dengan reka bentuk terdapat pada Himalayan sekaligus menjadi inspirasi utama pembangunan CB350X. 

Berdasarkan dakwaan itu, kami jangkaan CB350X akan hadir dengan penghadang angin tinggi, lampu berbentuk bulat selain daripada casis yang tahan lasak dan kukuh. 

Sementara itu, CB350X tersebut dijangka menawarkan kuasa sama degnan CB350, sekitar 20.8hp pada 5,500rpm dan 30Nm pada 3,000rpm. Kuasa pula disalurkan menerusi transmisi manual 5-kelajuan dengan bantuan klac assist. Pastinya, brek ABS juga didatangkan secara standard. 

Buat masa ini agak sukar untuk kami mengenal pasti bilakah Honda merancang memperkenalkan CB350X ini namun apa yang pasti dengan permintaan motosikal ADV segmen bahawa 500cc semakin popular, kami tak terkejut jika model ini akan membuat penampilan lewat tahun ini. 

Google ads
Back to top button