
EON & SAHABAT AUTOFEST 2024 SEDIA PAKEJ DISKAUN MENARIK UNTUK PENGUNJUNG
EON Berhad (EON), anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad, menyambut Ulang Tahun ke-40 dengan menganjur acara tahunan terbesarnya, EON & Sahabat Autofest 2024.
Acara yang berlangsung selama tiga hari mulai hari ini sehingga Ahad, 3 Mac 2024 dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang di Ibu Pejabat EON Glenmarie, Shah Alam.
Acara ini menampilkan pilihan kereta pelbagai jenama serta motosikal dan perkhidmatan berkaitan kepada bakal pembeli di bawah satu bumbung.

Ketua pegawai eksekutif EON, Encik Akkbar Daniel berkata, “EON telah menjual kereta kepada rakyat Malaysia sejak empat dekad lalu. Selama bertahun-tahun, kami telah berkembang daripada menjadi pengedar eksklusif untuk PROTON kepada apa yang anda lihat pada hari ini – pengedar kereta pelbagai jenama terbesar di Malaysia, semuanya di bawah satu bumbung.”
“EON & Sahabat Autofest 2024, dengan pakej dan diskaun yang menarik, adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan dan penyokong kami,” tambahnya.
Selain itu, beliau turut menekankan fokus EON pada inovasi digital, dengan memperkenalkan platform pembiayaan kereta digital bersepadu baharu pada acara ini.

Diterajui oleh EON Capital Sdn. Bhd. yang merupakan cabang pembiayaan kereta syarikat tersebut, platform ini membolehkan proses kelulusan hampir serta-merta untuk permohonan pembiayaan dan pengeluaran dana melalui kerjasama dengan pihak bank serta pihak berkaitan.
Jenama-jenama lain termasuk AVIS Car Rental, PUSPAKOM, Pos Malaysia, dan Petromin Express, iaitu sebuah pusat servis kereta pantas, turut serta pada acara tersebut.
Di samping itu, kakitangan DRB-HICOM Universiti turut bersama bagi membimbing bakal pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi berkaitan dengan industri automotif dan lain-lain.
Bazar Raya juga dianjurkan sebagai tarikan tambahan di EON & Sahabat Autofest 2024 bagi menyambut bulan Ramadhan dan Hari Raya yang bakal tiba.
Pelbagai vendor berkaitan fesyen, hiasan, makanan serta lain-lain tawaran turut menanti para pelanggan bersama-sama pelbagai aktiviti seperti karnival yang menyeronokkan iaitu trak makanan, penampilan selebriti dan zon khas kanak-kanak.
Untuk maklumat lanjut dan terkini, layari https://eon.com.my/autofest/
- BACA: KALAU KERETA BIASA PAKAI BREK F1 MESTI MANTAP KAN…….
- BACA: MODEL KONSEP MITSUOKA M55 BAKAL MASUKI PRODUKSI – MUSCLE CAR BAJET DARI TIMUR
- BACA: ALLIANZ EV SHIELD TAWAR PERLINDUNGAN MENYELURUH KEPADA PEMILIK EV – PERLINDUNGAN PENGECAS MUDAH ALIH PERTAMA DALAM INDUSTRI
- BACA: VOLVO C40 RECHARGE PURE ELECTRIC 2024 TERIMA KEMASKINI – TAWAR JARAK GERAK 550KM, JANA 408HP, HARGA KEKAL RM288K






