
ERC 2025 – GILIRAN PEMANDU VETERAN TUAN RUMAH GIANDOMENICO BASSO UNTUK MENANG
Pemandu rali veteran berasal dari Itali Giandomenico Basso berjaya meraih kemenangan ketiganya dalam perlumbaan kelima dalam kalendar FIA European Rally Championship (ERC) di Rally di Roma Capitale
Giandomenico, Basso yang juga merupakan mantan Juara Eropah sebanyak dua kali berjaya mengekang pencabar kejuaraan dan rakan seperjuangan juga dari Itali, Andrea Mabellini di peringkat akhir untuk meraih kemenangan sebanyak 3.7 saat selepas bertarung 13 aksi peringkat perlumbaan dalam suhu panas.

Kejayaan tersebut adalah merupakan ketiga diraih oleh Giandomenico, Basso, 51 tahun menyusuli kemenangan sebelumnya pada permukaan asfal di Rally di Roma Capitale pada 2019 dan 2021 yang lalu. Malah menarik juga untuk Giandomenico Basso, yang telah dipilih sebagai pemandu ERC terhebat dalam tinjauan pendapat baru-baru ini.
Giandomenico Basso mula menunjukkan aksi pemanduan yang mantap ketika mula mendahului ketika perlumbaan memasuki hari Sabtu dengan cuba dicabar sengit oleh rakan senegara Andrea Crugnola yang juga pemenang perlumbaan di Itali ini.
Sebetulnya persaingan sengit keduanya hampir sahaja berlangsung ke peringkat akhir ketika tinggal tiga peringkat sahaja berbaki Andrea Crugnola yang memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 terlewat tiba di pusat servis dan dikenakan dengan 20 saat sekali gus akur untuk hanya berada di tempat kelima keseluruhan sekali gus memberikan peluang untuk Giandomenico Basso untuk meraih kemenangan utama di samping turut memenangi kategori Master ERC.

Semenara itu Andrea Mabellini meningkatkan harapan memburu tahta ERC dengan podium pertama musim ini. Pendahulu kejuaraan ERC, Miko Marczyk tewas kepada Andrea Mabellini di peringkat kedua terakhir dan terpaksa berpuas hati di tempat ketiga ketinggalan +7.4 saat,yang memandu Škoda Fabia RS Rally2 dilengkapi dengan tayar Michelin.

Pemenang kategori WRC2 di Sardegna sebelum ini, Roberto Dapra juga berjaya mempamerkan pemanduan yang handal walau pun hanya berpuas hati untuk berada di tempat keempat keseluruhan.
Kedudukan Pendahulu ERC
- Miko Marczyk – 107 mata
- Andrea Mabellini – 85 mata
- Mads Ostberg – 76 mata
Kredit Foto : ERC
BACA : ERC 2025 – MARTIN SESKS CEMERLANG UNTUK MENANG DI POLAND
BACA : ERC 2025 – BINTANG MUDA RALI FINLAND ROOPE KORHONEN MENANG DI STAFF HOUSE RALLY HUNGARY



