
ERC 2025 – MIKO MARCZYK AKHIRNYA DINOBATKAN SEBAGAI JUARA ERC DI CROATIA
Pemandu dari Polan Miko Marczyk akhirnya telah berjaya memenangi tahta kejuaraan FIA European Rally Championship (ERC) selepas beliau berjaya menamatkan perlumbaan di pentas podium membabitkan pertarungan tiga penjuru yang mendebarkan untuk merebut gelaran di perlumbaan terakhir musim ini yang berlangsung di Croatia.
Miko Marczyk bersama juruarah Pole Szymon Gospodarczyk yang menggunakan jentera Skoda Fabia RS Rally menggunakan tayar Michelin berjaya menewaskan pemenang perlumbaan Rally Croatia sebelum ini, Jon Armstrong untuk memenang tahta kejuaraan ERC sekali gus.
Peluang untuk Miko Marczyk terbentang luas apabila pesaing utamanya, Andrea Mabellini terpaksa menarik diri daripada perlumban pada SS4 setelah jentera Skoda Fabia RS Rally2 yang dipandu mengalami kemalangan dan kerosakan radiator yang pecah dan juga kebocoran minyak pelincir yang memaksa untuk berhenti di tepi jalan.

Akhirnya Miko Marczyk berjaya menamatkan perlumbaan di Croatia di tempat ketiga keseluruhan di hadapan pemenang perlumbaan Jon Armstrong dan Mads Østberg, yang membuat permulaan rali ke-300 untuk beliau bersama jentera Citroen C3 Rally2.
Miko Marczyk menjadi juara ERC pertama Poland sejak kali terakhir dilakukan oleh Kajetan Kajetanowicz memenangi kejuaraan ketiga daripada tiga kejuaraan berturut-turut pada 2017. Beliau juga menyertai rakan senegara Krzysztof Hołowczyc dan Sobiesław Zasada dalam pemenangai kejuaraan rali antarabangsa tertua di dunia ini,
Untuk rekod, Miko Marczyk, yang mempamerkan pemanduan konsistensi yang luar biasa sepanjang musim untuk menamatkan lima daripada lapan pusingan di podium, menamatkan saingan tidak lebih teruk daripada tempat ketujuh sepanjang kempen tahun ini.

Sementara itu, Jon Amstrong yang memandu jentera Ford Fiesta Rally2 masih lagi segar dengan kejayaan perlumbaan di JDS Machinery Rali Ceredigion, Wales bulan lalu berjaya mendominasi sepanjang perlumbaan di Croatia ini walau pun hujan turun menyukarkan sedikit pemanduan kesemua pemandu.
Sementara itu pasukan MRF Tyres merangkul Kejohanan Rali Eropah FIA untuk kategori Pasukan mendahului pasukan M-Sport Ford. Pirelli memperoleh Kejuaraan Rali Eropah FIA pertamanya untuk Pembekal Tayar, mengalahkan pemenang sebelumnya Michelin.
Kredit Foto : ERC
BACA : ERC 2025 – GILIRAN PEMANDU VETERAN TUAN RUMAH GIANDOMENICO BASSO UNTUK MENANG
BACA : ERC 2025 – MARTIN SESKS CEMERLANG UNTUK MENANG DI POLAND

