
ETCM AKHIRI KEMPEN DRIVE TO PROSPERITY
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) semalam mengadakan majlis penyampaian hadiah untuk Kempen “Drive to Prosperity” Tahun Baru Cina di siri jelajah Nissan bertempat di pusat membeli-belah 1 Utama.
Para pemenang bertuah kempen tersebut terdiri daripada pelanggan yang membeli dan mendaftar sebuah kenderaan Nissan sepanjang tempoh kempen berlangsung iaitu Januari dan Februari 2016. Mereka terpilih untuk menerima hadiah berupa barangan perkakasan elektrik rumah jenama SHARP bernilai lebih RM128,888.
Pada majlis penyampaian hadiah tersebut, ETCM dan SHARP-Roxy Sales & Service Company (M) Sdn Bhd (SRSSC) menyampaikan barangan perkakasan elektrik rumah kepada 12 orang pemenang bulan Januari dan Februari dari wilayah Tengah.
Bukan itu sahaja, ETCM turut melanjutkan Kempen Liga Juara-juara UEFA sehingga bulan April 2016. Pelanggan yang membeli sebuah kenderaan Nissan berpeluang memenangi pengalaman menonton perlawanan akhir Liga Juara-juara UEFA 2015/2016 secara langsung di Milan yang ditaja sepenuhnya.
Orang ramai dijemput untuk mengunjungi bilik pameran dan siri jelajah Nissan untuk menikmati tawaran hebat Nissan. Mereka juga boleh mendapat barangan Liga Juara-juara UEFA Nissan secara percuma dengan hanya memandu uji sebuah kenderaan Nissan.
Tarikh siri jelajah Nissan adalah seperti berikut:
Tarikh | Lokasi |
17 – 23 April | Tesco Kota Bharu, Kelantan |
20 – 24 April | One Utama Shopping Centre, Petaling Jaya |
21 – 24 April | East Coast Mall, Kuantan |
25 April – 1 Mei | Aeon Bandaraya Melaka, Melaka |
Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan ETCM di talian 1800-88-3838.