Modifikasi

SUZUKI SWIFT CULTUS GTI

Suatu masa dahulu, Suzuki pernah hasilkan kereta kompak global yang power. Sayangnya generasi sekarang dah tak kenal Swift Cultus, selain Nissan March Superturbo, Toyota Starlet dan Charade turbo.

Suzuki-Swift-Cultus-Gti-mekanika (11)

Dalam pada keghairahan generasi Myvi/BLM sekarang, masih ada lagi saki-baki pencinta hot-hatch Jepun yang berpegang pada falsafah JDM. Body Swift standard tak mahal mana kalau dibandingkan dengan kereta-kereta moden.

Tetapi nak cari barang dia memang satu cabaran yang besar. Maksud saya sangat besar. Kalau lemah semangat, baik lupakan.

Suzuki-Swift-Cultus-Gti-mekanika (14)

Dalam kalangan model Swift awal ini, ada versi top range yang dikenali sebagai Cultus Gti. Bezanya, badan kereta ini lagi pendek dan cuma ada dua pintu. Model Gti ini umpama Type-R bagi Honda.

Swift milik Nik mungkin spesis paling terancam. Model Gti MKII facelift yang juga generasi terakhir enjin G13B yang boleh ditemui atas jalan. Kereta ini sudah menjalani pengubahsuaian yang sewajarnya untuk bersaing dengan kereta moden sekarang.

Suzuki-Swift-Cultus-Gti-mekanika (2)

Enjin 1.3 liter G13B telah dikeluarkan terlebih dahulu. Disebabkan nak dapat alat ganti  macam cam pun seksa, modifikasi lebih kepada struktur. Bahagian bergerak enjin diringan dan diimbangkan. Blok dan head diikat dengan gasket keluli. Manakala sistem penghantaran minyak diperkuat dengan pam bahan api Toyota 1JZ.

Penapis udara dipasang menggantikan kotak air filder MAP asal. Hos-hos getah yang dah lama retak tu digantikan dengan hos silikon Samco yang lebih tahan lasak dan cantik. Akhir sekali, ekzos dipasang dengan manifold 4-2-1, paip 2.5 inci dan diakhiri peredam bunyi FGK Fujiitsubo dengan tip titanium.

Suzuki-Swift-Cultus-Gti-mekanika (5)

Keseronokan kereta lama yang tak ada pada kereta moden ialah transmisi manual. Saya sendiri pun kekok betul kalau kereta laju tapi tak ada klac. Rasa macam tak lengkap kalau nak guna brek enjin main paddle shifter. Mesti nak ada klac dan enjin meraung-raung.

Kaedah G13B ini ialah kotak manual lima kelajuan yang kemudiannya diperkuatkan dengan klac Exedy super single. Hah. Nasib baik jumpa klac aftermarket.

Suzuki-Swift-Cultus-Gti-mekanika (12)

Nik memasang set suspensi aftermarket Monroe Sport. Walaupun Monroe terkenal kerana perkakasan OEM, ia juga ada buat untuk aftermarket, macam Kayaba SR. Sistem brek mengekalkan set Gti cakera ventilasi depan belakang.

Anda boleh nampak beza reka bentuk dan kejuruteraan zaman 1980-an dengan sekarang. Garis badan kereta ini ringkas dan tak mengada-ngada macam Alfa Romeo.

Suzuki-Swift-Cultus-Gti-mekanika (10)

Badan kontot sebab dua pintu dengan skirting built in sekeping. Spoiler belakang dua lapis. Bumpar garis-garis memang nampak olskool habis. Benda asing yang dipasang pada kereta ini ialah set lampu isyarat UK Spec.

Suzuki-Swift-Cultus-Gti-mekanika (4)

Bahagian dalaman dijaga dengan cukup baik. Sebaik dan secantik enjinnya. Semuanya dalam keadaan tip-top. Peralatan tambahan yang ada ialah set audio MTX dan Alpine. Lain-lain nampak macam standard Gti. Memang Gti standard pun!

Google ads
Back to top button