Buletin

ETCMM LANCAR NISSAN TERRA BUKAN DI M’SIA TETAPI MYANMAR

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Apabila penulis terbaca tajuk siaran akhbar ini terasa pelik kerana nama syarikat yang tertera begitu hampir dengan rakyat Malaysia.

Apa kaitan dengan Nissan di Myanmar? Lagi pula SUV Terra dilancarkan di sana dan bukan Malaysia.

Bila diselidiki baru diketahui bahawa Edaran Tan Chong Motor (Myanmar) Co., Ltd. atau ETCMM adalah subsidiari milik penuh Edaran Tan Chong Motors Holdings Berhad (Malaysia).

Kumpulan Tan Chong mempunyai empat buah syarikat di Myanmar dalam bidang automotif.

Nissan Motor Co., Ltd dan Kumpulan Tan Chong dianugerahkan lesen oleh Pesuruhjaya Pelaburan Myanmar pada 15 Ogos 2013 untuk mengeluarkan dan mengedarkan kenderaan Nissan di sana.

Syabas ETCM!

Selepas Filipina, Indonesia dan Thailand, Terra dilancarkan secara rasmi di Myanmar pada 16 Februari 2019.

Terra yang dipasarkan di Myanmar ini diimport daripada kilang Nissan di Thailand.

Terra adalah SUV tujuh tempat duduk yang merupakan kembar kepada pikap Nissan Navara.

Terra dibina di atas rangka ladder dan berada dalam segmen sama seperti Mitsubishi Pajero Sport, Toyota Fortuner dan Isuzu MU-X.

ETCMM tidak menyatakan spesifikasi terperinci namun Terra versi Indonesia yang dilancarkan pada Ogos 2018 dilengkapi enjin 2.5 liter turbodiesel berkuasa 190 PS dengan tork 450 Nm.

Enjin itu dipadankan bersama transmisi automatik tujuh kelajuan atau manual enam kelajuan.

Bagaimana pula dengan pasaran tempatan? Berdasarkan kenyataan rasmi Nissan sebelum ini senarai pasaran Terra ialah Filipina, Indonesia Thailand, Brunei, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam.

Iya, Malaysia tidak tersenarai. Ini bukan perkara biasa kerana Mitsubishi Pajero Sport baharu juga tidak dipasarkan ke dalam negara.

Namun begitu, pengguna tempatan ditawarkan dengan Toyota Fortuner, Ford Everest dan Isuzu MU-X.

Satu lagi perkara yang harus diketahui ialah walaupun kita menikmati pikap pada harga yang berpatutan dan Fortuner, Everest dan MU-X asalnya daripada pikap, harga yang dipasarkan untuk versi SUV tujuh tempat duduk berbeza sama sekali.

Harga SUV ladder frame ini bermula daripada RM170,000 hingga RM 258,000.

Bukan kerana SUV ladder frame mahal tetapi pikap mempunyai tarif cukai yang istimewa untuk negara kita dan ASEAN.

Tags
Google ads
Back to top button
Close