Motosikal

18 UNIT JENTERA MOTO E HANGUS TERBAKAR DI LITAR JEREZ, SEPANYOL

SHARE

Semua 18 unit jentera Energica Ego Corsa yang digunakan untuk kejohanan MotoE dilapor terbakar malam Rabu lalu di litar Jerez, Sepanyol.

Motosikal itu berada di sana selama tiga hari bagi tujuan ujian pra-musim sebelum ia terbakar pada jam 12.15 tengah malam waktu tempatan.

Kebakaran besar itu menyebabkan struktur paddock MotoE yang menempatkan motosikal tersebut hangus sepenuhnya.

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

“Insiden ini memusnahkan hampir semua material untuk Kejohanan Dunia MotoE Enel RIM. Punca kejadian masih disiasat. Mujur tiada sebarang kecederaan yang berlaku,” kata penganjur, Dorna dalam satu kenyataan rasmi.

Kejohanan yang dilancarkan tahun lalu itu merupakan satu kategori sokongan MotoGP. Ia melibatkan jarak perlumbaan lebih pendek iaitu sekitar 10 pusingan di litar Jerez.

Presiden Federation Internationale de Motocyclisme (FIM), Jorge Viegas mengakui bahawa kebakaran itu memberi tamparan hebat kepada pihaknya.

“Tetapi saya yakin semua pihak akan mendapat kekuatan dan motivasi untuk menangani kejadian malang ini serta menjadikannya satu perlumbaan yang berjaya.

Sebanyak 12 pasukan termasuklah Tech3, Pramac, LCR, Avintia, SIC Racing yang menggunakan seragam Petronas Yamaha dan Gresini (pasukan Aprilia) telah mendaftar dalam perlumbaan ini.

Antara pelumba yang turut serta ialah Sete Gibernau, Bradley Smith dan Xavier Simeon.

Ujian pembukaan di litar Jerez menyaksikan ia dikuasai oleh pelumba Avintia, Eric Granado.

Pelumbaan pertama kejohanan yang melibatkan lima musim dijadual bermula pada Grand Prix Sepanyol, di litar Jerez pada 3 hingga 5 Mei depan.      

kredit foto: motogp.com

Tags
Google ads
Back to top button