Artikel PilihanBuletin

FAKTA PENJAGAAN LAMBORGHINI GALLARDO. (BERANGAN TAK SALAH KAN?)

Sebagai pengguna kereta yang biasa, tentu sahaja kita tertanya-tanya kos nak membela kereta begini. Lamborghini Gallardo ni kategori “entry level” bagi Lamborghini. Kira kalau cukup-cukup duit lepas projek MLM dan nak nampak confident bila buat coaching, bawak Gallardo, janji ada lambang lembu tu orang bukan tahu sangat pun.

Berapa harga pasaran supercar ni sekarang?. Untuk model pertama 2004/2005, boleh dapat serendah RM350,000 model terpakai. Ya, sama dengan harga Nissan GT-R unregister recond.

Tak salah kalau nak berangan.

Tapi sebelum tu, kami kongsikan bersama tips dan kos penjagaan kereta ni yang dibawakan oleh rakan teknikal kami RTechnik.

…………………………………………………………………………………………………

Assalamualaikum semua dan Salam Sejahtera.

Disebabkan post saya berkenaan GTR mendapat sambutan. Hari ini saya berkenan untuk menulis tentang penjagaan sebuah Lamborghini Gallardo.

Sedikit trivia berkenaan kenderaan ini :-

• Dilahirkan pada tahun 2005

• Mempunyai enjin bersesaran 4,993cc(5.0L) 1st Generation.

• 5,200cc(5.2L) 2nd Generation.

• Direka oleh Mr. Luc Donckerwalke. Sekarang beliau di Hyundai. Hyundai ye Tuan-Tuan sekalian.

• Kod yang diberi adalah LP560-4,LP570-4 dan LP550-2. Nombor dibelakang merujuk kepada Layout dimana 4 untuk AWD dan 2 untuk 2WD.

• Produksi untuk kenderaan ini berakhir pada tahun 2013.

BACA: FAKTA PENJAGAAN SEBUAH VW SCIROCCO

•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••


Cukup bab trivia, sekarang kita masuk bab penjagaan(Maintenance)

🛠SERVIS🛠

🔧Engine Oil Service Package
Kapasiti minyak engine bagi kenderaan ini berjumlah 9.5 Liter. Kelikatan minyak yang digunakan adalah 5W-40. Harga bagi setiap servis adalah dalam lingkungan RM2,200.

🔧Transmission Service Package
Okay, bab ni special sikit. Pasal apa special ? Bacalah dulu.
Pakej merangkumi minyak E-Gear, Front Diff & Rear Diff.
Front Diff menggunakan sebanyak 1.3 Liter minyak berkelikatan SAE 75/90.
Rear Diff menggunakan sebanyak 4 Liter minyak berkelikatan SAE 75/90.
E-Gear menggunakan sebanyak 2 Liter minyak. Minyak apa ? PETRONAS TUTELA. P E T R O N A S. Ye, Petronas Tutela CS Speed SAE75W Made In Italy. So lepas ni jangan pandang rendah dkt produk negara sendiri ye.
Kos pula adalah dalam lingkungan RM3,000.

BACA: NISSAN GT-R. MAHAL KE NAK MAINTAIN?

🛠COMMON WEAR & TEAR PARTS🛠

Bab ni sebenarnya tak banyak sangat. Bukan sebab saya bias. Tapi aku ada jumpa 2 buah je Gallardo yang tinggi mileagenya. Selainnya, semua Mileage dibawah 100,000km.

Baiklah, kita mulakan.

🔧Front Brake Pad
Kos untuk penukaran pad brek bagi kenderaan ini adalah dalam lingkungan RM3,000-RM4,000.

🔧Rear Brake Pad
Kos untuk penukaran pad brek bagi kenderaan ini adalah dalam lingkungan RM2,900-RM3,900.

🔧Brake Disc/Rotor
Sebenarnya jarang habis benda ni memandangkan materialnya adalah Carbon Ceramic. Tetapi, jika perkara tidak diingini berlaku. Inilah harganya, dalam lingkungan RM70,000 full set.

🔧Clutch(E-Gear)
Seperti kenderaan biasa, Lamborghini juga mempunyai klac untuk menghubungkan kuasa dari enjin ke sistem transmisi lalu ke tayar. Dan klac adalah satu benda yang akan habis. Kos untuk menukar klac set adalah dalam lingkungan RM29,000.

BACA: VW GOLF MK6 DAN KOS PENYELENGGARAANNYA

🔧E-Gear Gearbox Actuator
Saya boleh cakap benda ni agak common juga sebab saya dah handle lebih kurang 10 kes membabitkan Unit Actuator ni. Benda ni berfungsi sebagai penggerak untuk membolehkan gear itu ditukar. Benda ni rosak, tak bertukar lah gear tersebut. Seperti unit mechatronic yang terdapat dalam transmisi 0AM VW DSG. Ferrari juga menggunakan sistem yang sama. Dan saya pernah menggunakan E-Gear Actuator dr Lamborghini Murcielago pada Ferrari F430 atas alasan owner bajet ketat. Lagipun, pengeluar adalah sama iaitu Magneti Marelli. Oh ya, kos ? Kalau reconditioning adalah dalam lingkungan RM10,000 dan RM30,000 bagi unit yang baru.

🔧Tayar
Tayar bagi Lamborghini Gallardo ini adalah bersaiz 235/35R19(Depan) dan 295/30R19(Belakang). Harga ? Korang cek lah sendiri ye. Nanti aku kena kecam pula. Bab harga tayar ni sensitif sikit. Huhu.

🔧Belting Set
Ini bukan Lamborghini je. Semua kereta juga perlu tukar bila sampai masanya. Kecuali Tesla je kut. Kos dalam lingkungan RM5,000 berserta upah dan related parts.

🔧Valve/Rocker Cover Gasket
Biasanya “oil leak” lah pada bahagian ini. Kos adalah dalam lingkungan RM2,800 berserta upah.

🔧Spark Plug
Enjin 10 Silinder, jadi Spark Plug juga ada 10 ye Tuan Tuan. Kos adalah dalam lingkungan RM3,600 berserta upah.

Jadi, ini adalah sedikit sebanyak perkara yang saya boleh kongsikan kepada tuan tuan dan puan puan sekalian.
Nasihat saya, sebelum membeli kenderaan terpakai, buatlah dulu Pre-Purchase Inspection tak kira apa jenis kenderaan pun. Ini untuk mengelakkan tuan-tuan melaburkan lebih banyak duit kepada perkara yang tidak perlu dikemudian hari.

Sekian, Terima Kasih.
Mohamad Yazid Bin Zaidi
Technical Advisor
MB Performance Pte Ltd

Google ads
Back to top button