Artikel Pilihan

DS 7 CROSSBACK – SUV PREMIUM UNTUK BANGSAWAN

Jenama DS Automobiles ini barangkali kedengaran sedikit asing di telinga orang kita. Sebagai jenama mewah yang bernaung di bawah Kumpulan PSA, jenama yang sedikit sinonim dengan Citroen pada asalnya ini khusus untuk bersaing dengan jenama mewah seperti Mercedes atau pun BMW. Dan salah satu model yang mereka ada tawarkan untuk golongan bangsawan adalah DS 7 Crossback, sebuah SUV premium dan mahal.

BACA : CITROEN DS3 –RM117,888

BACA : CITROEN DS WILD RUBIS

DS 7 Crossback yang dibina khusus untuk merebut segmen SUV premium ini dibina atas pelantar  EMP2 (Efficient Modular Platform) yang produk akhirnya meliputi model Peugeot 5008 II dan juga Citroen C5 Aircross.

Rekaan keseluruhan DS 7 Crossback ini, jelas ianya menampilkan rekaan yang agak futuristik,moden dan juga penuh dengan karisma. Bila pandu tu terasa bergaya sungguh.

Rekaan dalamnnya barangkali sedikit melampau dan mendahului masa. Mana taknya, skrin sesentuh bersaiz 12 inci terpampang depan mata. Patutnya letak terus TV LED bersaiz 40 inci baru betul kejam. Iyalah, bila dah semua benda kau nak paparkan kepada pemandu. Tempat duduk yang dibalut kulit Nappa pula berjaya menyerlahkan lagi sisi premium sebenar DS 7 Crossback ini.

Menurut Thierry Metroz selaku Pengarah Gaya  DS Automobiles, setiap kenderaan yang dihasilkan menggabungkan pelbagai teknik hasil kerja tangan Perancis yang unik bagi memenuhi jangkaan setiap pelanggan. Pereka, Jurutera dan Perantis yang berbakat DS telah menggunakan segala kepakaran yang ada bagi menterjemahkan ke produk akhir dengan menggunakan bahan premium, sesuai dengan jenamanya sendiri.

Setiap bahan dan setiap perincian DS 7 Crossback diilhamkan oleh dunia Haute Couture yang ketat dan sensualnya dapat dilihat hatta perincian yang paling kecil sekali pun dapat dilihat.

Aspek keselamatan SUV premium ini turut menjadi keutamaan kepada DS Automobiles apabila turut dilengkapi dengan DS Active LED Vision, DS Connected Pilot dan juga DS Driver Attention Assist.

Enjinnya pula ditawarkan dengan beberapa pilihan untuk dipiliih meliputi 1.6 liter THP berserta pengecas turbo, 1.2 liter PureTech Turbo, 1.6 liter BlueHDi turbo diesel.

Dan untuk mengemaskini varian terkini dalam keluarga DS 7 Crossback, model hybrid, E-Tense. Menariknya tentang model hibrid ini, ianya merupakan sistem 4×4, dengan mempunyai motor elektrik di bahagian hadapan dan belakang dengan mampu menghasilkan kuasa 300 hp. Bateri lithium-ion 13 kWh yang dipasang mampu bergerak sekitar 60 km. Cukup untuk ulang alik pergi kerja seharian..

Dan tahukah pembaca semua bahawa DS 7 Crossback ini sememangnya cukup istimewa di mata rakyat Perancis, apabila Presiden Emmanuel  Macron turut memilih SUV ini sebagai kenderaan rasmi ketika majlis pertabalan sebagai Presiden Perancis ke 25 pada tahun sudah.

Sememangnya ianya ditakdirkan untuk golongan bangsawan.

Google ads
Back to top button