Buletin

FERRARI 458 SPIDER MILIK MAFIA KINI JADI KERETA POLIS

Pasukan polis di Milan, Itali dilapor telah mendedahkan sebuah Ferrari 458 Spider yang akan digunakan untuk projek pendidikan mengenai undang-undang.

Tetapi, apa yang menarik ialah kisah di sebalik supercar ini. Pada September 2015, polis Milan telah merampas sebuah Ferrari 458 Spider menggunakan undang-undang anti-mafia.

Kalau di negara lain kereta bertatus begini akan disita atau dilupuskan, pasukan polis dan bomba di Itali pula boleh memohon untuk menyimpan barangan yang dirampas.

Itulah yang dilakukan oleh polis Milan. Kereta itu kemudian dihantar ke sebuah bengkel, Carrozzeria Marazzi Caronno Pertusella untuk diubah suai secara percuma. Ini termasuklah pelekat polis baharu yang menggabungkan warna putih, merah dan hijau. Selain sepasang lampu polis di bahagian belakangnya.

Pihak berkuasa memberitahu supercar itu akan dipamerkan di beberapa acara melibatkan kanak-kanak untuk mendidik mereka bahawa jenayah tidak memberi sebarang faedah.

Bagus juga idea ni kan?

BACA: POLIS ITALI GAGALKAN CUBAAN CURI MAYAT ENZO FERRARI

BACA: LANGGAR LUBANG JALAN, PEMILIK FERRARI INI SAMAN MAJLIS PERBANDARAN DAN MENANG RM55,000

Tags
Google ads
Back to top button