Buletin

SEBUAH MODEL JAGUAR LAND ROVER DIDAFTARKAN SETIAP 30 SAAT DI UK!

Pengeluar kenderaan mewah, Jaguar Land Rover meraikan jualan bulan Mac yang terbaik dalam sejarahnya. Jualan Jaguar naik 68 peratus kepada 9,484 unit.Manakala  Land Rover mencatat jualan 22,283 unit, naik 14 peratus. Perkembangan memberangsangkan itu dipacu oleh pengenalan model-model baharu.

Dengan angka begitu, tidak hairanlah jika sebuah kenderaan Jaguar Land Rover didaftarkan pada setiap 30 saat di United Kingdom (UK) sepanjang bulan Mac 2017!

“Selepas memecahkan rekod jualan pada tahun 2016, kami mengekalkan momentum positif untuk 2017 dengan angka bulan Mac ini. Di sebalik iklim ekonomi yang tidak menentu, ia jelas menunjukkan jenama Jaguar dan Land Rover semakin kukuh di UK,” kata Pengarah Urusan Jaguar Land Rover UK, Jeremy Hicks.

Kejayaan itu didorong oleh pengenalan model-model baharu yang berjaya menarik minat pengguna dan sesuai dengan gaya hidup mereka. Jaguar dan Land Rover kini bukan lagi satu alternatif menarik, tetapi pesaing untuk jenama yang lebih besar.

Untuk Jaguar, model XE menikmati jualan bulanan paling tinggi di UK sejak dilancarkan pada 2015 dengan 3,359 unit. SUV MEneruskan prestasi sebagai Jaguar yang paling pantas terjual, sepadan dengan lebih 40 anugerah yang diterimanya untuk tahun pertama. Finalis World Car of the Year itu terjual sebanyak 2,879 unit pada Mac.

Jaguar XJ terus menjadi pilihan golongan ekskutif dan pengendali perniagaan pengangkutan. Prestasi ini dibuktikan dengan fakta bahawa 8 daripada 10 pelanggan yang memandu uji membuat keputusan untuk membelinya.

Land Rover pula mencatat jualan 22,283 unit sepanjang Mac. Discovery serba baharu menjadi pilihan buat 3,284 orang pembeli di UK.

mengalahkan Range Rover Evoque sebagai model Land Rover paling pantas terjual di UK dengan 7,239 unit. Walaupun sudah memasuki tahun ketujuh, Evoque turut mencatat jualanbulanan terbaik  dengan 6,736 unit.

Keterujaan pengguna ke atas janama Range Rover dilihat semakin meningkat menerusi pengenalan model Velar.

BACA: 

BACA: RANGE ROVER VELAR – PESAING BARU BMW X4 & MERCEDES GLC COUPE

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button