Buletin

FERRARI DAYTONA SP3 DINOBAT SEBAGAI MOST BEAUTIFUL SUPERCAR OF THE YEAR

Jentera Ferrari Daytona SP3 dinobat sebagai Most Beautiful Supercar of The Year yang dianjurkan Festival Automobile International.

Kenderaan dalam kategori itu perlu ditawarkan pada harga melebihi AS$68,000 (RM284,784).

Ketua Pegawai Rekaan Ferrari, Flavio Manzoni turut meraih anugerah melalui penglibatan menghasilkan kerja kreatif serta pengaruh dalam sector automotif.

“Dua anugerah berkenaan merupakan bukti  yang tidak dapat dipertikaikan berhubung tahap kualiti dan kecemerlangan dicapai Ferrari Styling Centre.

“Saya turut berbangga dapat menerajui dan melaksanakan penyelidikan formal yang canggih dalam pembangunan jentera Ferrari Daytona SP3,” katanya.

Dalam pada itu, kategori Most Beautiful Hypercar pula dimiliki Peugoet 9X8 yang mengekalkan bahasa rekaan jenama dari Perancis berkenaan.

Crossover premium DS4 meraih kategori Most Beautiful Car yang terbuka kepada kenderaan ditawarkan kurang daripada AS$68,000 (RM284,784).

Menurut Pengarah Rekaan DS, Thierry Metroz, anugerah berkenaan merupakan penghargaan kepada golongan wanita dan lelaki yang telah membangunkan DS4.

“Ia menampilkan rekaan unik, kompak, padat dan lasak.

“Selain itu, crossover ini turut menampilkan rekaan aerodinamik serta berkarisma,” ujarnya.

Pada tahun lalu, konsep DS Aero Sport Lounge menerima anugerah Most Beautiful Concept Car.

Bagaimanapun, Renault berjaya merampas gelaran Most Beautiful Concept Car pada tahun ini melalui Renault 5 Prototype.

Jentera berkenaan yang menampilkan rekaan retro banyak meminjam rekaan ikonik  Le Car. –carbuzz

Google ads
Back to top button