Motosikal

QJ MOTOR DEDAH CRUISER SRV500 DAN NAKED BIKE SRK400

QJ Motor menambah barisan model motosikal dengan memfailkan permohonan kelulusan dua jentera baharu SRV500 dan SRK400.

SRV500 merupakan jentera cruiser yang menampilkan rekaan moden persis Kawasaki Vulcan S dan Ducati Diavel.

Ia didatangkan dengan tangka bahan api berbantuk air mata dipadankan lampu utama bulat serta tayar lebih besar.

Jentera terbaharu itu yang dikatakan bakal menawarkan dua varian mendapat sentuhan warna kelabu.

SRV500 mendapat khidmat enjin sama seperti motosikal adventure popular Benelli TRK 502.

Enjin berkenaan merupakan empat lejang 2 silinder yang mampu menjana kuasa 48 hp.

Jentera SRK400 pula banyak mengekalkan komponen yang terdapat pada SRK350.

Ia hadir dengan lampu utama baharu yang kelihatan mirip Ducati Monster dan MV Augusta Brutale.

Naked bike baharu itu didatangkan enjin lebih berkuasa empat lejang dua silinder sebaris 400cc yang mampu menjana kuasa 44hp.

Dua model terbaharu itu dijangka akan berada di pasaran pada tahun ini. – rideapart

Google ads
Back to top button