
CALAR KERETA MEWAH JIRAN DENGAN PISTOL MAINAN, BAPA AJAR ANAK LELAKI 3 TAHUN PIKUL TANGGUNGJAWAB. BAYAR GANTI RUGI RM1.2K
Seorang bapa bernama Ouyang dari Shenzhen, selatan China mengajar anak lelakinya berusia tiga tahun tentang tanggungjawab dengan memintanya meminta maaf dan membayar AS$281.68 (RM1,244) kerana mencalarkan kereta mewah jiran.
Semasa kejadian itu berlaku, anak lelaki Ouyang bersama rakannya sedang bermain di kawasan kejiranan pada waktu malam dan berlari di sebelah dua buah kereta mewah lalu mencalarnya dengan pistol mainan plastik.
Kejadian tersebut disedari oleh pemilik kereta lalu menangkap kanak-kanak lelaki tersebut, kemudian memaklumkan kepada Ouyang mengenai kerosakan pada keretanya.

Walaupun Ouyang mempertahankan anaknya kerana terlalu muda untuk menyedari tingkah laku mereka, dia mengakui mereka melakukan kesilapan.
Cerita Ouyang, anaknya itu begitu kedekut untuk membelanjakan wang. Ouyang kemudiannya mendapat idea untuk meminta anaknya meminta maaf dan membayar ganti rugi RM1,244 kepada pemilik kereta.
“Saya harap dia dapat memahami bahawa dia harus membayar atas kesilapannya,” kata Ouyang.
Keputusan bapa untuk mengajar anaknya memikul tanggungjawab menarik perhatian warganet di China. Ramai mengatakan bahawa memberikan kesedaran adalah lebih berkesan berbanding menghukum kanak-kanak secara fizikal.
“Saya percaya bahawa bukan sahaja anaknya belajar daripada kesilapannya, tetapi dia juga mendapat inspirasi daripada bapanya yang bertanggungjawab,” komen seorang netizen.
- BACA: BREK TESLA MODEL Y GAGAL BERFUNGSI, 2 MAUT, 3 CEDERA DI CHINA
- BACA: AKSI CEMAS DI CHINA, CRUISE CONTROL TERSEKAT, MEMAKSA PEMANDU MEMANDU PADA KELAJUAN 126KM/J SELAMA 2 JAM!
- BACA: TOYOTA TUNDRA ADA KEMBAR DI CHINA BERNAMA TUNDAR – SENANG BETUL KERJA KORANG YA
- BACA: POLIS CHINA RAMPAS REPLIKA LAMBORGHINI AVENTADOR GUNA BODYKIT RM1.5K