
Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) dijangka akan lebih meriah dan sengit dengan pengenalan kelas ASB1000cc dan juga pertambahan kepada tujuh pusingan perlumbaan untuk musim 2019.
Kejuaraan ARRC bakal melibatkan empat kelas perlumbaan iaitu ASB1000 (Asia Superbike), SuperSports 600cc, Asia Production 250cc dan Underbone 150cc dan turut mengekalkan format dua perlumbaan akhir yang digunakan sejak tahun 2000.
- 7-pusingan untuk musim 2019
- Kekal dengan format dua perlumbaan
- Perkenal litar baharu – Litar Antarabangsa Korea
Saingan musim 2019 akan membuka tirai dengan sesi ujian pra-musim di Litar Antarabangsa Sepang pada 5 dan 6 Mei 2019.
Pengumuman kalendar musim 2019 oleh FIM Asia bersama Kejuaraan Motosikal Asia adalah seperti berikut:
KALENDAR KEJUARAAN MOTOSIKAL ASIA FIM 2019
Pusingan | Litar | Negara | Tarikh |
Ujian pra-musim | Litar Antarabangsa Sepang | MALAYSIA | Mac 5 – 6, 2019 |
Pusingan 1 | Litar Antarabangsa Sepang | MALAYSIA | Mac 8 – 10, 2019 |
Pusingan 2 | The Bend Motorsport Park | AUSTRALIA | April 25 – 28, 2019 |
Pusingan 3 | Litar Antarabangsa Chang | THAILAND | Mei 31 – June 2, 2019 |
Pusingan 4 | Litar Suzuka | JAPAN | Jun 28 – 30, 2019 |
Pusingan 5 | Litar Antarabangsa Korea | SOUTH KOEA | Ogos 9 – 11, 2019 |
Pusingan 6 | Litar Antarabangsa Sepang | MALAYSIA | September 19 – 22, 2019 |
Pusingan 7 | Litar Antarabangsa Chang | THAILAND | November 29 – Disember 1, 2019 |