Buletin

FLEX AUTOMOTIVE LEBAR SAYAP KE AS. UBAH SUAI LAND CRUISER JADI MODEL RETRO, BERMULA RM96K

Flex Automotive, pakar dalam dalam menukar Toyota kontemporari menjadi sesuatu menyerupai Toyota generasi terdahulu. Paling mencuri tumpuan ialah Land Cruiser Flex yang dibuat untuk kelihatan seperti Land Cruiser siri 60 tahun 1980-an.

Flex diasaskan pada tahun 1967 di Jepun sebagai rangkaian pengedar dan sehingga kini, Flex mempunyai 50 pengedar di seluruh Jepun. Kedai-kedai itu beroperasi dengan konsep unik di mana setiap satunya mengkhususkan dalam satu model, biasanya Land Cruiser atau van Hiace Toyota.

Perkembangan terbaru, Flex melebarkan sayap ke San Diego, California sebagai lokasi pertama di Amerika Syarikat. Kedai itu akan menjadi yang pertama di luar Jepun dan dijadualkan dibuka pada musim sejuk.

Flex San Diego pada mulanya akan menawarkan Land Cruiser retro Flex, tetapi akan ada banyak model dirancang untuk ditawarkan termasuk trak pikap Tacoma retro yang dibangunkan secara eksklusif di pasaran AS.

Antara Land Cruiser yang ditawarkan termasuklah Flex 106, iaitu Land Cruiser 100 series yang dibuat untuk kelihatan seperti series 60. Manakala Flex Wonder pula ialah Land Cruiser 80 series yang diubah agar mirip model 60 series.

Selain melakukan perubahan kosmetik kenderaan, Flex boleh menambah naik taraf aspek mekanikal seperti suspensi, rim dan tayar off-road. Ia juga ada menawarkan perkhidmatan peningkatan trim.

Harga pengubahsuaian untuk pasaran AS belum diumumkan. Tetapi berdasarkan kepada maklumat di laman web Flex, kos ubah suai bermula sekitar AS$21,900 (RM96,666) untuk kebanyakan model.

Google ads
Back to top button