
YICHE GARAGE BUANG BUMBUNG SUZUKI JIMNY. MODIFIKASI TELAN KOS RM283K
Suzuki Jimny sentiasa dan kekal sebagai off-roader yang comel. Ketika Suzuki dikatakan sibuk untuk membangunkan Jimny lima pintu, sebuah syarikat talaan dari China melakukan sesuatu yang agak ekstrem ke atas Jimny.
Firma talaan YiChe Garage dilapor berjaya mengubah suai off-roader itu untuk kelihatan seperti model dari syarikat Wey dan rangkaian Tank.

Jika ini kali pertama anda mendengar tentang Wey, ia adalah pembuat kereta China yang menjadi perhatian pada tahun lepas dengan model Tank 300, di mana reka bentuknya dipengaruhi oleh Ford Bronco, Mercedes-Benz G-Class dan Jeep Wrangler.
Pada asasnya, Jimny yang telah diubah suai seperti Tank 100 itu mempunyai dua pintu dengan reka bentuk seakan Tank 300. Gayaannya tertumpu pada lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang (DRL) di tengah serta lampu kabus disepadukan ke dalam bumper.

Lencana bagaimanapun telah digantikan dengan logo asal YiChe Garage untuk mengelakkan isu hak cipta, nama jenama Conscience terpapar pada gril.
Jimny sebenarnya tidak ditawarkan secara rasmi di China. Ini memaksa firma penalaan tersebut untuk mengimport sebuah Jimny. Ubah suai itu menelan kos sekitar AS$60,000 (RM283,860), sekali gus menjadikannya sebagai salah satu Jimny yang paling mahal.






