Buletin

BILA TOYOTA PROBOX NAK JADI LAND ROVER DEFENDER, JADILAH TFENDER. KOS UBAH SUAI BERMULA RM10K

Firma talaan dari Jepun, ESB Style mengubah suai Toyota Probox untuk kelihatan seperti Land Rover Defender yang bakal dipamerkan pada acara Tokyo Auto Salon 2023.

Seperti yang kita boleh lihat pada gambar, lambang Toyota pada bonet telah digantikan dengan nama ‘TFENDER’ , manakala lampu halogen diubah suai agar kelihatan seperti lampu LED Land Rover.

Rupa baharu itu digabungkan dengan tiang C berwarna badan yang mengingatkan kita kepada Defender. Sistem suspensi dinaikkan untuk memberi jarak kelegaan tanah sehingga 30mm atau 40mm. Penampilan jentera itu disempurnakan lagi dengan satu set rim CLS TC01 berwarna putih.

Ia kemudian dipasang dengan tayar off-road berbunga tebal. ESB Style turut menambah bampar belakang custom, lengkap bersama skid plate besar dan penutup lampu belakang untuk kelihatan lebih langsing.

Body kit CLS Fox dilihat sangat sesuai dengan varian Toyota ProBox 160, termasuk versi asal yang diperkenalkan pada 2002, diikuti dengan facelift pada 2014.  ProBox boleh didapati dalam bentuk kenderaan komersial penumpang atau ringan di pasaran Jepun sebagai station wagon. Ia dikuasakan oleh pilihan enjin petrol atau diesel.

Menariknya, TFENDER bukanlah projek one-off sahaja kerana body kit CLS Fox akan ditawarkan untuk dijual.

ESB Style sudah mengumumkan harga iaitu AS$678 (RM2,992) untuk bampar dan bonet bonet hadapan, AS$452 (RM1,994) untuk bampar belakang, AS$377 (RM1,663) untuk penutup lampu depan serta belakang, AS$377 (RM1,663) lagi untuk sarung tempat duduk, AS$158 (RM697) untuk perehat tangan dan AS$414 (RM1,826) untuk suspension lift kit. Ini bermakna kos keseluruhan boleh mencecah AS$2,435 (RM10,745) termasuk harga van Toyota ProBox lama.

Selain Toyota ProBox, ESB Style juga menyediakan versi Defenderised, serupa kereta Honda N-Van kei yang digabungkan dengan lift kit. Versi Defenderised ini akan tersedia mulai Februari 2023.

GALERI:

Google ads
"
"
Back to top button