Buletin

FORD CAPRI, ESCORT RS, FIESTA XR2, FOCUS RS SEMUA UNTUK DIJUAL

Sejak pengimport bebas membawa masuk kereta legenda klasik, landskap dunia kereta menjadi meriah dan menarik. Pelbagai model yang sebelum ini hanya dapat dilihat dalam poster dan internet kini boleh berada di depan mata.

Aura kereta-kereta sebegini sememangnya hebat dan terasa seperti ‘hidup’ apabila berdiri di sebelah.

Banyak sejarah dan rekod dalam kereta legenda klasik dan unit-unit seperti ini memang payah hendak didapati. Maklumlah, satu dunia mengejar dan mahukan kereta seperti ini.

Apabila sampai ke negara kita maka tidak hairanlah harganya tinggi memandangkan harga belian pun mahal.

Memilikinya tidak sama seperti kereta-kereta baharu lain. Kereta legenda klasik mempunyai aura tersendiri.

Kepada mereka yang berminat untuk dapatkan kereta sebegini dan mempunyai AP ada satu acara jualan iaitu CCA September Sale yang bakal berlangsung pada 15 September di Warwickshire Event Centre, United Kingdom.

Di antara kereta yang ditawarkan ialah Ford Tickford Capri 2.8 tahun 1985, Ford Escort RS1600i tahun 1983, Ford Fiesta XR2 Mk.1 tahun 1983 dan sebuah kereta moden Focus RS Mk2 tahun 2011.

Berikut ialah maklumat tentang empat buah Ford legenda yang ditawarkan untuk bidaan:

Ford Tickford Capri 2.8 1985

  • Dikeluarkan di kilang Ford di Jerman dan dihantar ke Tickford UK bagi dibina semula dengan tangan mengikut spesifikasi Tickford
  • Model ini dilengkapi beberapa naik taraf seperti turbo di depan, brek cakera belakang, suspensi Bilstein dan LSD
  • Model ini juga dikenali dengan kit badan khas Tickford Capris yang tampak lebih agresif dan menyerlah 
  • Unit yang hendak dibida ini adalah satu daripada tiga dengan warna Stratos Silver yang menjadikannya sangat sukar untuk diperolehi
  • Unit ini asalnya model pameran sebelum dimiliki oleh dua orang lagi pemilik dengan jarak perjalanan hanya 101,388 km
  • Unit ini baru sahaja dibaik pulih dengan jangkaan harga dari GBP 26,000 (RM 138,653) hingga GBP 30,000 (RM 159,977).

Ford Escort RS1600i 1983

  • Dibina oleh Ford Jerman mengikut konsep kereta rali Group A
  • Dilengkapi enjin 1.6 liter 115hp dengan suntikan mekanikal 
  • Warna Caspian Blue dengan dalaman fabrik kelabu
  • Dilengkapi roda aloi dan grafik 80an
  • Harga jangkaan model ini ialah di antara GBP 20,000 (RM 106,598) hingga GBP 25,000 (RM 133,248)

Ford Fiesta XR2 Mk.1 1983

  • Dibekalkan dengan enjin 1.6 liter berkuasa 83bhp
  • Walaupun angka tersebut kecil, kereta ini mampu memecut dari 0 km/j hingga 95 km/j dalam masa 9.5 saat dengan kelajuan maksimum 170 km/j
  • Bermula dengan unit pameran dan kemudian oleh dua pemilik lain
  • Masih menggunakan warna asal Caspian Blue dengan kemasan dalaman kelabu
  • Jarak perjalanan hanya 83,685 km
  • Anggaran jualan ialah GBP 13,000 (RM 69,267) hingga GBP 16,000 (RM 85,251)

Focus RS Mk2 2011

  • Walaupun model era moden kereta ini dijaga dengan sangat baik
  • Tidak pernah kena hujan dan baru dipandu sejauh 1931 km
  • Dilengkapi beberapa peralatan seperti ekzos Milltech dan spring H&R
  • Naiktaraf paling besar ialah ia mempunyai modifikasi JWR/12Oi/Mountune yang kini berkuasa 420bhp
  • Harga anggaran ialah dari GBP 30,000 (RM 159,871) hingga GBP 35,000 (RM 186,516)

Koleksi jualan yang ditawarkan ini adalah peluang untuk pemegang AP kereta klasik atau peminat yang sudah lama mengidamkannya. 

Harganya tinggi? Baru sesuai dengan hashtag #hobikamimahal. 

BACA: FORD FOCUS KEN BLOCK MUSNAH TERUK DALAM KEMALANGAN PERLUMBAAN RALI

BACA: JOHN CENA DAN FORD SETUJU KES DISELESAI DI LUAR MAHKAMAH

Google ads
Back to top button