Buletin

KERETA PUTERA RAJA PUN DIIKLAN DALAM AUTO TRADER – AUDI RS6

Laman web jual beli kenderaan adalah satu perkara yang menyeronokkan. Selain daripada mencuci mata dan menyemak harga pasaran, melayari laman web jual beli juga boleh membawa seseorang jauh ke alam tersendiri mengelamun tentang kereta idaman.

Apabila menyedari hakikat komitmen semasa, lamuman tersebut jatuh semula ke bumi dan angan-angan tersebut tersimpan dalam kotak memori.

Satu lagi perkara menyeronokkan ialah apabila terjumpa dengan kereta yang sukar ditemui atau ayat-ayat jualan melucukan. Rasa terhibur dan geli hati.

Ada lagi yang istimewa? Iya, kereta yang diiklankan untuk dijual adalah milik putera raja terkenal.

Di dalam laman web jual beli kenderaan Auto Trader terdapat satu iklan jualan kereta yang dimiliki oleh Putera Harry, anak bongsu kepada Putera Charles dan mendiang Puteri Diana.

Kereta yang mahu dijual ialah Audi RS6 4.0 Avant Tiptronic Quattro.

RS6 ini berada dalam keadaan sangat baik dengan pendaftaran pada tahun 2017. Jarak perbatuan pun rendah iaitu 7242 km sahaja.

RS6 ini juga adalah varian paling sporti dalam tawaran dan dilengkapi beberapa kelengkapan tambahan berharga GBP 11,330 (RM 60,435).

RS6 milik kerabat ini dilengkapi roda aloi 21 inci, bumbung panorama dan suria, cermin privasi, kerusi depan dan belakang dengan pemanasan, ekzos sport dan pelbagai ciri-ciri canggih seperti suspensi RS Sport dengan Dynamic Ride Control (DRC), Dynamic steering dan Night Vission Assist.

RS6 ini juga pantas dengan pecutan dari 0 hingga 96 km/j hanya mengambil masa 3.9 saat sahaja selain daripada bunyi ekzos mengasyikkan.

Tidak dapat dipastikan kenapa Putera Harry mahu menjual RS6 ini dan sesiapa yang memilikinya nanti pasti individu yang bertuah kerana bukan setiap hari kereta seperti ini hendak dijual.

Katanya harga asal RS6 ini ialah GBP 91,530.00 (RM 488,222) dan sekarang mahu dilepaskan pada GBP 71,900 (RM 383,487).

Berpatutan sebab spesifikasi tinggi dan kereta kerabat diraja. Betul-betul re ni.

BACA: AUDI E-TRON PROTOTYPE – CUBA PERHATI CERMIN SISI SUV INI

BACA: AUDI A6 AVANT – CONTOH REKA BENTUK TIDAK PERLU DRAMA SANGAT

Google ads
Back to top button