BuletinMotosikal

YAMAHA Y15ZR 2019 (EXCITER 150) DENGAN 6 CIRI BARU YANG MENARIK.

Semalam tersebar brosur Yamaha Exciter 150 2019 atau Yamaha Y15ZR di pasaran negara kita. Ia menampilkan sejumlah imej yang jelas beberapa pembaharuan yang dapat dilihat. Beberapa hari sebelum ini, terdapat beberapa imej yang agak kabur namun dalam katalog baru ini, jelas dengan spesifikasi baharu yang akan diperkenalkan.

Khabarnya, motosikal ini akan dilancarkan secara rasmi oleh Yamaha Vietnam esok. Daripada spesifikasi yang diperlihatkan ini terdapat ENAM ciri-ciri baru yang membezakan model Y15ZR/Exciter sedia ada.

BACA: Y15ZR vs RS150R vs BENELLI vs SYM

Ia perubahan/facelift yang agak menarik kerana motosikal ini sudahpun berada hampir empat tahun di pasaran tanpa sebarang pengubahsuaian yang besar.

1. LAMPU HADAPAN LED

Ia rekaan yang baru sepenuhnya. “Kepala” Exciter 2019 ini telah direka baru bagi menampatkan lampu yang lebih tipis dengan tiga kolum berbeza. Ia juga sudah dilengkapi dengan mentol lampu LED menggantikan mentol halogen. Selain lebih terang, LED juga menjimatkan tenaga.

Lampu isyarat membelok juga sudah datang dengan LED yang merupakan peneraju dalam kelasnya.

2. METER DENGAN SKRIN LCD

Perubahan besar yang kedua ialah paparan meter yang didatangkan dengan LCD sepenuhnya. Ia juga hadir dengan latarbelakang biru seperti Yamaha NVX, tetapi dengan saiz lebih kecil.

Paparan informasi meter ini cukup lengkap seperti kelajuan, jarak perjalanan, penggunaan bahanapi dan tolok bahanapi.

3. “KUNCI PANGGILAN” (ANSWER LOCK KEY)

Maaf. kami tak berapa jelas untuk menterjemahkannya dalam Bahasa Melayu. Ini adalah fungsi yang membolehkan motosikal dikesan seperti sistem penggera. Khasnya ketika motosikal diparkir di kawasan motosikal yang banyak.

4- LAMPU “PASS LIGHT”

Sama seperti kebanyakan motosikal berkuasa tinggi, ia adalah suis lampu tinggi dengan pembalik untuk memudahkan penunggang memberi amaran kepada pemandu di hadapan.

Ia berguna untuk memberi perhatian kepada pemandu di hadapan atau trafik dari arah bertentangan.

5. SUIS PEMATI (KILL SWITCH)

Ini juga adalah fungsi yang biasa didapati pada motosikal berkuasa tinggi. Dalam segmen ini, Exciter 2019 bakal menjadi yang pertama menggunakannya.

Ia berfungsi sebagai suis pemati utama tanpa perlu memutarkan kunci.

6. TAYAR HADAPAN LEBIH BESAR

Umum mengetahui bahawa saiz tayar hadapan Y15ZR adalah yang paling kecil dalam kelasnya. Model 2019 akan menggunakan tayar bersaiz 90/80-17 bagi menggantikan saiz semasa 70/90-17.

Walau bagaimanapun, saiz roda belakang masih sama dengan 120/70-17.

BACA: 5 PERUBAHAN DIMENSI EXCITER 2019

BACA: YAMAHA EXCITER 2019 AKAND DILANCARKAN ESOK

GALERI

 

Google ads
Back to top button