" "
Buletin

FORD CIPTA BUNYI EKZOS BOLEH SET IKUT MASA, TAKUT KENA MARAH JIRAN KAH KAH KAH

Serius tak tipu. Ini adalah ciptaan inovatif dari Ford. Untuk sesetengah orang bunyi enjin yang telah diubahsuai memang hiburan untuk telinga. Walau bagaimanapun, bunyi tersebut boleh menjemput polis datang ke rumah apabila dihubungi oleh jiran sebelah. Itu yang benar-benar berlaku kepada staf Ford iaitu Steve von Forester.

Oleh sebab itu beliau terdorong untuk membangunkan Mod Jiran Baik atau Good Neighbour Mode. Mod tersebut membolehkan pemilik Ford Mustang baharu menjadualkan bunyi ekzos ikut masa yang mereka suka dan tidak menggangu jiran-jiran terutama sekali pada waktu pagi atau malam.

“Saya memang sukakan bunyi enjin V8, tapi ia memang kuat dan tidak elok jika menganiaya penduduk taman. Jadi saya berfikir mesti ada cara supaya bunyi enjin dapat dikawal.” kata Steve von Forester, bekas jurutera yang mengetuai bahagian pengalaman pengguna dalam pembangunan produk Ford di AS. 

Melalui undian yang dibuat di laman web Ranker.com, bunyi enjin kuat adalah di antara perkara paling menyakitkan hati dibuat oleh jiran selain daripada anjing menyalak, latihan muzik dan mesin berkuasa seperti gergaji dan sebagainya. Bunyi mesin rumput pada awal pagi pula berada di atas tahap paling menyakitkan hati.   

Jika diikutkan, sesetengah model kereta sport sudah pun mempunyai sistem bunyi ekzos aktif yang boleh dihidupkan dan off. Fungsi Mod Jiran Baik atau nama betul nya Quiet Start adalah yang pertama mempunyai pilihan pemasa. Untuk mengaktifkan fungsi tersebut, pemandu hanya perlu pergi ke menu pada paparan di papan pemuka dan memilih bunyi makna yang mereka mahukan.

Sebagai contoh di antara pukul 8 malam hingga 7 pagi pemandu boleh menghidupkan kereta tanpa bunyi bising dari enjin V8. Kedua-dua fungsi mod Quiet Exhaust dan Quiet Start akan mula didapati pada Mustang versi 2018. 

Sistem itu berfungsi dengan melaras tahap decibel secara automatik mengikut mod pemanduan dari Normal, Sport sehingga Track yang mampu mengeluarkan bunyi sehingga 82 dB. Mod Quiet Start mengeluarkan bunyi yang lebih selesa iaitu 72 dB.

Di Eropah sebanyak 30,000 unit Mustang telah terjual sejak diperkenalkan di benua tersebut buat kali pertama pada 2015 dalam sejarah lebih dari 50 tahun model ikonik itu.  

BACA: FORD FOCUS RS EDITION, BOLEH LAWAN HONDA CIVIC TYPE R TIDAK NI?

BACA: FORD DISAMAN KERANA NUT TAYAR ROSAK – DAH 100 TAHUN BUAT KERETA PUN TAK PANDAI BUAT LUG NUT?

Google ads
Back to top button