Buletin

FORD FIESTA ACTIVE – DARI HATCHBACK KE CROSSOVER

Selain daripada SUV, Crossover juga adalah antara segmen pilihan yang semakin mendapat tempat di hati anak muda. Ianya adalah pilihan yang terbaik buat anak muda yang ingin berubah daripada memandu sebuah kereta hatchback kepada sesuatu yang tidak berlebihan seperti memandu SUV yang tinggi melangit. Apatah lagi kalau saiz badan seperti Sufian Suhaimi. Memang ngam sangat kalau pandu Crossover sebegini.

BACA : RENAULT CAPTUR – CROSSOVER SEGMEN B PALING LARIS DI EROPAH

BACA : FORD FIESTA SPORT VAN – APABILA KERETA JADI VAN KARGO!

Barangkali, jenama Renault Captur adalah pilihan anak muda di Eropah sana. Di tempat kita Renault Captur juga masih boleh dilihat terutamanya di bandar besar. Dan menyedari hakikat bahawa pasaran Crossover ini ada pengikutnya, Ford sendiri telah memperkenalkan Ford Fiesta Active.

Sebenarnya tidak susahkan pun membina Crossover ini. Dapatkan model hatchback yang sesuai, ejas kasi tinggi sikit, siap! Tapi bagaimanakah untuk membina Crossover yang dapat dijual kepada pengguna itu yang paling penting sebenarnya.

Ternyata Ford dapat menilai potensi yang ada model Fiesta yang ada, lalu terhasillah Fiesta Active. Dengar nama pun tahu dah, Ford sememangnya menyasarkan kepada golongan yang inginkan gaya hidup aktif di hutan batu.

Rupa luaran Fiesta Active ini tipikal buat mana-mana Crossover yang ada di muka bumi. Ruangan arch roda dan bampar dua tona adalah ciri yang wajib ada. Cuma padanan rim bersaiz 17 kelihatan agak menyerlah di situ untuk menampilkan efek yang lebih tinggi setelah sistem gantungannya di tala semula dengan 18mm lebih tinggi berbanding model standard Fiesta.

Pilihan enjin 1.0-litre EcoBoost dan 1.5-litre TDCi enjin diesel akan ditawarkan kepada pengguna. Yang pasti, penjimatan bahan bakar dan pematuhan standard emisi  Euro 6 turut diutamakan.

Ruangan kabin Fiesta Active ini juga kelihatan gah apabila balutan kulit membaluti setiap kerusi, stereng dan juga gearknob. Kemasan papan pemuka turut kelihatan mewah. Manakala tempat duduk pemandu dan penumpang turut boleh dilaras empat tetapan bagi keselesaan. Bumbung panaromik turut tersedia sebagai pilihan kepada pengguna. Senang boleh tengok anak bulan.

Tidak syak lagi, Ford Fiesta ini sasaran utamanya adalah pasaran Eropah. Nak saing dengan Captur. Menurut  Roelant de Waard selaku Timbalan Presiden Pemasaran, Jualan dan Perkhidmatan Ford Eropah, peminat kereta gemarkan kepelbagaian, reka bentuk bergaya dan berinspirasikan sebuah SUV. Dan permintaannya semakin meningkat dari masa ke semasa.

Maka, ini adalah jawapan kepada mereka yang mahukan sesuatu yang kelihatan muda, bergaya dan aktif.

 

 

Google ads

B K

Back to top button