Buletin

PROJEK LOCKDOWN PAK DAN ANAK. FORD FIESTA UBAH JADI KENDERAAN DUA ALAM

YouTuber AdamC3046 membikin Ford Fiesta generasi ke-7 menjadi kenderaan amfibia ketika berdepan lockdown pandemik Covid-19.

Bahkan, Ford Fiesta berkenaan yang boleh digunakan sebagai kenderaan darat dan di dalam air masih sah digunakan di jalan raya United Kingdom (UK).

Menurut penyampai video terbabit, projek berkenaan merupakan hasil rekaan bapa dan anak ketika berdepan lockdown.

Biarpun sudah dibikin, sekilas pandang ia masih boleh dikenali sebagai Fiesta terutama pada bahagian lampu utama dan ruang dalaman kenderaan.

Bahagian atas kenderaan amfibia berkenaan didatangkan daripada kereta subkompak tersebut manakala bahagian bawah menunjukkan badan gentian kaca Dutton Reef dan masih mengekalkan rim aloi Ford Fiesta.

Bagi memastikan transformasi berfungsi dengan baik, beberapa pengubahsuaian telah dilakukan terhadap Fiesta itu.

Bahagian enjin telah diubah pada bahagian tempat duduk belakang dan ekzos diletak semula pada permukaan lebih tinggi manakala jarak roda dipanjangkan untuk menampung konfigurasi enjin baharu.

Apa yang jelas adalah bahagian bumbung telah dipotong untuk kelihatan lebih menarik dan seakan-akan sebuah bot terutama apabila digunakan di air.

Ia mampu menjana kelajuan sehingga 7 knots apabila berada di permukaan air. –motor1

Google ads
Back to top button