Buletin

MAZDASPORTS ACADEMY – TINGKATKAN KEMAHIRAN PEMANDUAN PEMILIK JENTERA MAZDA

MazdaSports Academy, di bawah seliaan Divisyen MazdaSports Bermaz Motor memperkenalkan program pengalaman pemilikan “Advance Driving” yang direka khas untuk para pemilik kenderaan Mazda.

Berlangsung pada 9 Jun 2018 (Sabtu ) di MAEPS, Serdang, peserta akan meneroka keupayaan sebenar pemanduan dan ‘bersatu’ dengan jentera masing-masing.

Mereka akan diajar dengan posisi pemanduan dan meningkatkan kemahiran menerusi satu latihan praktikal. Program ini terhad kepada 20 orang peserta sahaja. Mereka yang berminat boleh mendaftar di laman Facebook Mazda Malaysia (https://www.facebook.com/mazdamy/).

Divisyen MazdaSports Bermaz Motor yang ditubuhkan pada tahun 2016 itu bertanggungjawab dalam aspek pembangunan kenderaan, alat ganti, aksesori dan program pengalaman pemilik kenderaan Mazda. 

Sehingga kini, ia telah membangunkan dua model iaitu Mazda3 dan Mazda2 yang dikenali sebagai MS dan M+ untuk pasaran tempatan.

Google ads
Back to top button