Buletin

MAZDA MX-5 Z-SPORT SPECIAL EDITION – KERETA KECIL DENGAN NILAI BESAR SATU HARI NANTI

Anda ada duit lebihan BR1M dan mencari kereta untuk pelaburan agar dapat pulangan berlipat kali ganda pada masa akan datang? Berhenti mencari kerana berdasarkan tilikan Nujum Amid inilah model yang paling sesuai, Mazda MX-5 Z-Sport Special Edition.

Berita dari Hiroshima, Jepun menyatakan yang Mazda akan mengeluarkan 300 unit sahaja model convertible ini untuk pasaran musim panas tahun hadapan. 300 unit sahaja bermakna ia sangat terhad. Jauh lebih terhad daripada Mazda RX-7 Type R Barthurst tau.

Ianya akan dilengkapkan dengan bumbung soft-top unik berwarna Deep Cherry Red, rim BBS hitam berukuran 17 inci dan cat luaran yang dinamakan Machine Grey Metallic.

Kemasan khusus untuk Z-Sport dan membezaknnya daripada MX-5 lain ialah lambang edisi khas pada bahagian papan pemuka, kemasan kulit yang mewah selain karpet dan scuff plate khas.

Ia masih menggunakan enjin 2.0-liter yang mampu menghamburkan 158 hp. Tidak sehebat Type R bukan? Tetapi harus diingat yang ini merupakan sebuah roadster yang ringan dan sangat lincah di jalan raya.

Ia turut dilengkapi dengan LSD dan penyerap hentak Bilstein di sekeliling selain strut brace bagi mengukuhkan dan memantapkan lagi kawalan sewaktu memandu.

Tapi percayalah yang itu semua tidak penting. Bagi sebuah kereta yang bakal menjadi idaman pengumpul, prestasi sudah jatuh ke tangga kedua. Perkara pokok ialah jumlah unit yang dihasilkan dan 300 adalah sangat rare tuan-tuan. Lagipun siapa nak lenjan kereta yang cuma ada sebanyak ini di muka bumi. Baik simpan dan jadikan pelaburan.

BACA: MAZDA CX-5 TERIMA ANUGERAH SUV TERPAKAI TERBAIK DARIPADA WHAT CAR

Tambahan pula sekarang ini satu demi satu model pengumpul keluar untuk jualan dengan batuan tak sampau pun 100 kilometer. Harganya? Ya ampun, kenapalah Pak Amid tak simpan duit belanja sekolah dari tadika dulu…

Google ads
Back to top button