Buletin

FORD MUSTANG DARK HORSE R, BUKAN DIBUAT UNTUK JALAN RAYA!

Ford sejak awal mempunyai perancangan besar dengan Mustang generasi ketujuh. Pada hari yang sama Mustang dilancar pada September 2022, Ford turut memperkenal model lumba Mustang Dark Horse S, Dark Horse R, Mustang GT3 dan Mustang GT4.

Terbaru Ford mendedahkan versi produksi Mustang Dark Horse R yang dibuat khusus untuk siri perlumbaan Mustang Challenge dan diiktiraf Persatuan Sukan Permotoran Antarabangsa (IMSA).

Mustang Dark Horse mengisi ruang di antara Dark Horse, Mustang GT3 dan GT4.

Siri Mustang Challenge yang mempunyai 10 hingga 12 perumbaan akan bermula pada 2024 dengan setiap pusingan diuruskan Sekolah Perlumbaan Ford Performance.

Setiap perlumbaan merangkumi dua sesi latihan, satu sesi kelayakan dan dua perlumbaan pecut (sprint race). 

Model litar ini dikuasakan enjin 5.0 liter V8 Coyote generasi keempat yang menghasilkan lebih 500 kuasa kuda, transmsisi manual Tremec dan pembeza gelinciran terhad (LSD) dengan nisbah gear akhir 3.73.

Selain komponen perlumbaan, Dark Horse R kekal menggunakan beberapa komponen seperti model jalan raya.

Ciri-ciri Ford Dark Horse R 2024:

Luaran

  • Cangkuk tunda depan dan belakang
  • Poin jek yang diperkukuh
  • Cangkuk pengikat bawah badan

Dalaman

  • Kerusi lumba Recaro FIA
  • Stereng Sparco lepas cepat
  • Tali pinggang keledar perlumbaan Sparco
  • Sistem pemadaman api Sparco
  • Jaring keselamatan Safecraft FIA
  • Kawalan butang dan pad kekunci pemandu
  • Sistem paparan data dan pengelogan MoTec
  • Sel bahan api

Rangkaian kuasa

  • Sistem minyak, penyejuk transmisi dan penyejuk pembeza yang dipertingkat
  • Sistem ekzos Borla
  • Takungan minyak Ford Performance

Casis

  • Rangka keselamatan
  • Peredam Multimatic DSSV
  • Plet kamber depan boleh laras
  • Bar anti oleng boleh laras
  • Kimpalan lipit (seam welding) pada bahagian tertentu

Brek

  • Angkup depan perlumbaan Brembo
  • Cakera depan Brembo
  • Pad brek Brembo
  • ABS berprestasi
  • Saluran penyejukan brek perlumbaan

Roda

  • Rim Ford Performance Parts R1 saiz 19” x 10.5” (depan), 19” x 11” (belakang)
  • Tayar perlumbaan (slick) buatan khas Michelin 19″ (dijual berasingan)
  • Skru roda dan bolt lug terbuka MSI

Mustang Dark Horse R ditawarkan pada harga bermula daripada AS$145,000 (RM661,061) dan penghantaran bermula sebelum siri Mustang Challenge 2024.

BACA: FORD RANGER TREMOR DAN WILDTRAK X UNTUK EROPAH, TAMPIL RUGGED, TREK LEBIH LEBAR!

BACA: FORD PUMA ST POWERSHIFT – ADA DNA RALI NI!

BACA: FORD GT MK IV 2023, LEBIH 800HP, DARIPADA RM7.5 JUTA!

BACA: FORD F-100 ELUMINATOR, PIKAP KLASIK KUASA ELEKTRIK!

Ford Mustang Dark Horse R 2024

Ford Mustang Dark Horse

Google ads
Back to top button