Artikel Pilihan

REMAJA KUMPUL 48 SURAT SAMAN DALAM MASA 6 MINGGU – POWER KAU DIK

Kisah ini berlaku nun jauh di selatan di sebuah negara yang bernama Australia. Ini kisah tentang seorang remaja berusia 19 tahun bernama Marcellus Otero dari Sydney, Australia. Remaja ini baharu sahaja mendapatkan lesen memandu dan kereta pertama beliau. Berbeza dari kita semua yang kereta pertama biasanya sebuah Kancil satu ketika dahulu ataupun Myvi atau Axia kalau zaman sekarang, kereta pertama Otero ialah sebuah Subaru BRZ berwarna perak!

Hebat kau dik. Remaja lain biasanya akan mencuba melakukan aksi drift di kawasan pakir yang kurang pengunjung ataupun memandu di kawasan lengang untuk menguji kelajuan tapi tidak untuk Otero yang mempunyai tabiat memandu yang lebih…. teruk.

Pada 12 Disember lepas Otero didapati memandu dengan kelajuan 81 mph di George River Road yang mempunyai halaju 37 mph. Otero dikatakan sedang turut serta dalam perlumbaan haram pada masa tersebut.

Insiden nyaris terjadi sewaktu seorang wanita sedang mengundur kereta untuk keluar dari kawasan rumah. Otero yang sedang memandu dalam kelajuan tinggi terpaksa bergelut untuk mengelak kereta tersebut dan terbabas ke kawasan kolam berhampiran.

Walaupun kelihatan teruk, Otero terselamat dan cuma mengalami kecederaan yang ringan. Terbukti pemakaian tali pinggang keledar dan udara memang menyelamatkan nyawa. Panjang lagi umur budak ni.

Menariknya lagi Otero mempunyai kamera perakam pada keretanya dan beliau tidak pernah memadamkan kamera tersebut ataupun fail-fail video yang dirakam. Jadi bila kamera tersebut disapina oleh pihak polis terdapat banyak rakaman kesalahan jalan raya yang dilakukan oleh Otero. 48 kesalahan sebenarnya dalam masa hanya enam minggu.

Paling menonjol ialah aksi donat di atas medan pakir kereta, melanggar halaju, memandu secara cuai, tidak mematuhi peraturan trafik, memandu dengan melulu dan macam-macam lagi. Bijak kan rekod aksi bodoh sendiri?

Tambah menarik lagi selepas lesen memandu beliau digantung, Otero terus memandu dan melakukan beberapa lagi kesalahan jalan raya. Pada masa yang sama kesemua aksi ini dirakam dalam kamera perakam. Hebat kau dik.

Namun selepas video aksi pemanduan beliau dimainkan oleh pendakwa raya di mahkamah, Otero menyatakan yang beliau mesti berhenti dari terus memandu seperti orang bodoh. Beliau sedar yang beliau memang bernasib baik kerana tidak melanggar sesiapa sewaktu melakukan aksi-aksi tersebut.

Nasib baik kau sedar awal dik dan harapnya ia bukan lakonan untuk mengurangkan hukuman yang bakal dikenakan.

Google ads
Back to top button