" "
Artikel Pilihan

AYAH HADIAHKAN FORD MUSTANG UNTUK ANAK SAKIT KANSER – KASIHNYA SEORANG AYAH

Seorang remaja berusia 18 tahun bernama Joseph Tegerdine dari Springville, Utah telah didiagnos sebagai pesakit kanser tulang pada tahun 2019 semasa berusia 13 tahun. Selepas diberi rawatan bertahun-tahun, doctor mendapati kanser tersebut telah merebak ke bahagian paru-paru dan John hanya mempunyai masa beberapa bulan untuk hidup.

Sama seperti remaja lelaki lain, John mempunyai kereta idaman dan ianya adalah Ford Mustang. Impian biasa kanak-kanak di Amerika Syarikat dan leader MLM di Malaysia. Jadi sebagai memenuhi impian John yang cuma mempunyai masa beberapa bulan sahaja lagi untuk hidup, ayah beliau Joe Tegerdine  telah membeli sebuah Mustang untuk anaknya.

Awal bulan ini, Joe telah memuatnaik status di X menyatakan kenapa beliau membelikan sebuah Mustang untuk anak lelaki beliau yang berusia 18 tahun. Sebabnya ialah kerana anak lelakinya cuma mempunyai masa beberapa bulan untuk hidup dan mustahil untuk John mampu untuk membelinya sendiri dalam masa beberapa tahun selepas bekerja.

Joe bukan membelinya sebab permintaan anak macam setengah ibubapa yang sanggup berhutang membeli waisuku untuk anak konon untuk mudah pergi sekolah. Bila dah dapat motor mulalah langkah makin panjang ke hulu ke hilir. Sayang anak konon.

Situasi yang menimpa keluarga ini turut mendapat perhatian CEO Ford, Jim Farley. Farley membalas hantaran Joe dengan menyatakan simpati beliau terhadap mereka sekeluarga. Farley turut menawarkan peluang untuk dua beranak tersebut menghadiri trackday Dark Horse dan @FPRacingSchool. Fuh, cayalah.

Sudah tawaran tersebut diterima dengan hati yang terbuka oleh keduanya dan mereka berhasrat untuk melawat FPRacingSchool di Charlotte, Carolina Utara bulan hadapan. Sudah tentu ia akan menjadi memori indah untuk kedua beranak itu.

John menyatakan yang beliau lebih rela menghabiskan sisa hidup dengan memandu kereta impian beliau dari terbaring sepi di atas katil selama bertahun. Semangatnya memang kuat dan beliau bertuah kerana mempunyai keluarga yang berkemampuan untuk merealisasikan impian bertuah dan memberikan sokongan penuh kepasa minat beliau.

Samalah, abang pun kalau sakit-sakit badan biasanya boleh sembuh kalau ada orang bagi Ferrari atau Lambo sebuah. Dapat pakai sebulan pun jadilah.

Google ads
Back to top button