Artikel PilihanBuletin

FORD RANGER DARI RM463 SEBULAN? BIAR BETUL?

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar kenderaan Ford di Malaysia, melancarkan promosi jualan Hari Raya yang berlangsung dari 1 Mei hingga 30 Jun sempena sambutan Hari Raya yang akan datang.

Menerusi kempen ini, pelanggan boleh memiliki Ford Ranger dengan bayaran bulanan dari serendah RM463 sebulan bulan atau penjimatan sehingga RM11,000. Di samping itu, kadar faedah yang rendah serendah bermula 0% setahun juga turut ditawarkan.

Dalam tempoh promosi yang berlangsung sama selama dua bulan, 30 pelanggan bertuah akan berpeluang memenangi barangan elektrik bernilai sehingga RM2,000 setiap satu – dari TV, peti sejuk, pencuci, tablet dan banyak lagi.

Ranger didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau sehingga 100,000km, yang mana lebih dahulu. Ia ditawarkan menerusi sembilan varian, termasuk Ranger Raptor, Ranger WildTrak, XLT Plus XLT dan XLT.

Untuk butiran mengenai promosi Raya dan maklumat lanjut, layari laman web SDAC di https://www.sdacford.com.my/ford-stories/new-ford-ranger-stories.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Tags
Google ads
Back to top button