Buletin

TRD PERKENAL AEROKIT GENTIAN KARBON UNTUK SUPRA 2020 DI JEPUN

TRD baru sahaja memperkenalkan barisan alat ganti aero gentian karbon baharu untuk model Toyota GR Supra 2020 di Jepun.

Direka untuk menambah baik aspek aerodinamik, ia pastinya dapat meningkatkan lagi penampilan kereta sports tersebut.

Material ringan itu digunakan pada spoiler hadapan, skirting sisi, kemasan pintu, spoiler belakang dan trunk spoiler.

Seperti dijangka, ini merupakan alat ganti sama yang kita pernah lihat pada TRD GR Supra Performance Line Concept pada Februari lalu. Apa yang pasti, aero parts gentian karbon ini menyerlahkan gaya Supra baharu ini.

Harus tahu bahawa kompoenen itu bukan sekadar untuk bergaya sahaja. Sebagai contoh, tiga bahagian spoiler hadapan itu direkauntuk meningkatkan tahap downforce dan mengurangkan masalah terangkat pada kelajuan tinggi.

Ia juga merendahkan ketinggian kereta sebanyak 14mm di hadapan dan rendah 4mm pada skirting sisi berbanding model standard.

Kemasan pada sisi pintu pula berfungsi melancarkan aliran udar ke bahagian belakang.

Pelanggan juga ditawarkan dengan sirip diffuser gentian karbon dan trunk lid spoiler yang mengurangkan ketinggian kereta sebanyak 24mm.   

Gaya jentera itu disempurnakan lagi dengan rim tempaan aluminium jejari berkembar bersaiz 19 inci.

Bermula di Jepun, TRD dijangka memperkenalkan aero kit ini ke pasaran global tidak lama lagi.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button