Buletin

FORD RANGER EDISI TERHAD – FX4 KINI DALAM WARNA PUTIH, WILDTRAK WARNA KELABU

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) mengalu-alukan ketibaan tahun baru dengan menawarkan rangkaian Ranger edisi terhad.

Ranger WildTrak kini hadir dalam warna baru Meteor Grey, manakala varian FX4 pula berwarna putih. Ia sudah boleh didapati di semua pengedar sah Ford di seluruh negara.

Pilihan warna-warna eksklusif merupakan tambahan kepada warna sedia ada iaitu putih (Cool White) dan oren (Pride Orange) bagi Ranger WildTrak serta Meteor Grey bagi FX4.

Ranger WildTrak 4×4 3.2L mengekalkan gabungan teknologi pintar yang tiada tandingan dalam aspek keselamatan. Malah ruang kabin yang praktikal, keupayaan mengharungi air, menunda dan mengangkut muatan memang terbaik dalam kelasnya.

Enjin 3.2 liter itu mampu menjana kuasa sehingga 200PS dan tork setinggi 470Nm. WildTrak juga dilengkapi sistem infotaimen bebas-tangan SYNC™3 terkini  bersama skrin sentuh bersaiz lapan inci untuk mengaktifkan Apple CarPlay™ dan Android Auto.

Ranger FX4 2.2L pula menampilkan kemasan dan aksesori naik-taraf dalam warna hitam pada ‘rollbar’ serta rim 18 inci. Dengan janaan kuasa 160PS dan tork setinggi 385Nm, enjin diesel turbo Duratorq empat silinder itu dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan. Ranger FX4 berupaya mengangkut kapasiti muatan mencecah satu tan.

Ranger WildTrak dalam Meteor Grey dijual pada harga RM141,588 (di atas jalan tidak termasuk insurans). Manakala Ranger FX4 dalam Cool White pula berharga RM121,888 seunit.

Google ads
Back to top button