Buletin

FORD RANGER FACELIFT 2018 DIUJI DI THAILAND

Sebuah trak pikap Ford Ranger yang dipercayai model facelift untuk tahun 2018 telah dirakam ketika membuat ujian di kawasan perindustrian Pluakdaeng, Rayong Thailand.

Didedahkan oleh laman web berbahasa Thai, headlightmag.com trak pikap tersebut langsung tidak ditutup oleh sebarang pelekat. Apabila diteliti, penambahbaikan yang diterima oleh model T6 itu tidaklah terlalu ketara.

Pada bahagian hadapan, logo Ford pada varian yang didakwa Edisi Khas itu itu dilekatkan di tengah-tengah gril radiator yang disokong oleh dua jalur krom lebih nipis. Tulisan Ranger pada bahagian atas gril yang berbentuk trapezoidal itu juga semakin kecil.

Di pasaran Thailand, Ranger T6 diperkenalkan pada Mac 2011. Kemudian, facelift dilakukan pada Julai 2015 sebelum model FX4 dilancarkan pad Ogos 2016. Di sana, pengguna ditawarkan dengan lima varian iaitu XL, XLS, XLT, FX4 dan Wildtrak.

Model facelift itu juga dikatakan bakal dipsang dengan lampu utama LED, lampu nyalaan siang (DRL) LED serta bampar rekaan baharu (bergantung kepada varian).

Ranger 2018 akan mengekalkan enjin sama iaitu Duratorq 22 liter berkuasa 160 dan Duratord 3.2 liter dengan kuasa 200hp. Enjin itu dipadankan dengan kotak gear manual atau automatik enam kelajuan.

Jentera ini dijangka dilancarkan secara rasmi pada acara Bangkok Motor Show 2018, Mac atau atau April depan.

Google ads
Back to top button