Buletin

FORD RANGER XLT 2.2L EDISI KHAS. BERMULA RM120,888 SEUNIT

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) hari ini melancarkan model baharu Ford Ranger XLT 2.2L edisi khas yang ditawarkan dalam unit terhad.

Trak pikap itu hadir dalam warna hitam dan putih. Selain dilengkapi dapra lebar (fender flare) dan pelekat bercorak geometri pada bahagian kiri dan kanan badannya.

Ruang kabin pula menerima skrin sentuh 9-inci lebih besar yang lengkap dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto. Ciri itu menyokong aplikasi-aplikasi mudah alih seperti Spotify, Waze, YouTube dan Google Chrome melalui ketersambungan hotspot.  

Ditawarkan pada harga bermula RM120,888 (harga atas jalan, tanpa insuran), Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas baharu ini sudah boleh didapati di semua bilik pameran Ford di Semenanjung Malaysia. Untuk Sabah dan Sarawak, trak ini akan mula dipamerkan pada minggu ketiga Disember.

Jentera itu menggunakan khidmat enjin Duratorq 2.2L turbodiesel dan dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan automatik. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 160PS dan tork setinggi 385Nm.

Antara kelengkapan lain yang turut dipasang pada model itu termasuklah 4X4 Shift-On-The-Fly, bilah pengelap dengan pengesan hujan, sistem stereng berkuasa EPAS (Electric Power Assisted Steering) dan lampu nyalaan siang.

Ia juga dilengkapi dua beg udara, ‘e-locking differential’, fungsi Kawalan Menuruni Bukit, Hill Launch Assist, ABS, EBD, Electronic Brake Force Distribution, cagak ISOFIX, Kawalan Stabiliti Elektronik dengan Kawalan Cengkaman (Traction Control), Rollover Mitigation, Kawalan Ayunan Treler, Kawalan Beban Adaptif dan banyak lagi.

Ford Ranger XLT 2.2L didatangkan dengan pakej jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Tags
Google ads
Back to top button