Buletin

ACARA OFF-ROAD PERDANA, FORD RAPTOR REV BERLANGSUNG SUKU PERTAMA 2025

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) selaku pengedar tunggal Ford di Malaysia mengumumkan akan mengadakan acara off-road perdana, yang dijadualkan berlangsung pada suku pertama 2025.

Pemilik Ford Ranger Raptor generasi baharu di Malaysia berpeluang menimba pengalaman unik dan menarik melalui Ford Raptor Rev, untuk mengalami sendiri kuasa penuh kenderaan mereka dalam persekitaran mencabar.

“Direka khusus untuk pemilik Raptor, acara ini menjanjikan peluang tiada tandingannya, disamping memupuk hubungan erat dalam kalangan individu dengan minat yang sama serta sesama komuniti Ranger,” jelas Pengarah Urusan SDAC-Ford, Turse Zuhair.

Menurutnya, setakat ini, jualan Ranger Raptor generasi baharu sudah melebihi angka 4,000 unit.

Pengumuman selanjutnya berkaitan acara ini akan dilakukan nanti, termasuk perincian bagi bukan pemilik Ford yang berminat untuk menyertai acara tersebut.

Untuk maklumat lanjut berkaitan SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di laman Facebook, Instagram, Twitter dan saluran YouTube, atau layari www.sdacford.com.my

Google ads
Back to top button