
KENAPA BATERI AGM MAHAL?
AGM atu nama penuhnya Absorbent Glass Mat Battery adalah berbeza daripada bateri plumbum asid konvensional yang biasa digunakan. Ini kerana gentian kaca ditenun sebagai “tikar” bagi meningkatkan luas permukaan bagi menampung sejumlah elektrolit dalam satu sel bateri sepanjang hayat.
Gentian kaca yang digunakan tidak menyerap dan tidak dipengaruhi oleh nilai keasidan elektrolit, malah plat bateriyang digunakan oleh bateri AGM boleh dibentuk dalam pelbagai bentuk yang dikehendaki oleh pengeluar atau syarikat automotif
Disebabkan bateri AGM lebih tahan lasak dalam proses discaj dan mempunyai toleransi yang tinggi terhadap suhu berbanding dengan bateri biasa, malah bateri AGM lebih disukai berbanding dengan bateri Nickel-Cadmium yang berharga lebih mahal
Disebabkan ketahanan bateri ini, ia menjadi pilihan untuk digunakan pada lori kontena, kenderaan tentera dan kenderaan komersial yang lain sebelum digunakan secara meluas pada kenderaan persendirian.

Kelebihan bateri AGM
1. Tiada masalah bocor atau tumpah – disebabkan menggunakan elemen lapisan gentian kaca untuk menampung elektrolit berasid, maka isu elektrolit bocor atau tumpah dari bateri tidak wujud bagi bateri. Keadaan ini membenarkan bateri AGM dipasang pada orientasi yang senget tanpa masalah
2. Voltan tinggi – rekaan lapisan gentian kaca menawarkan rintangan dalaman rendah pada bateri, membenarkan bateri menghantar voltan tinggi dalam masa singkat untuk menghidupkan enjin, dan berupaya menghidupkan enjin dalam masa singkat
3. Masa pengecasan pantas – rintangan dalaman yang rendah juga membenarkan bateri dicaj semula dengan lebih pantas, sekitar 5 kali lebih laju berbanding dengan bateri asid biasa
4. Jangkahayat lebih lama – menawarkan ketahanan tinggi berbanding dengan bateri asid biasa untuk tugasan menghidupkan enjin berbanding dengan bateri asid biasa, dan tahan lama walaupun tidak digunakan dalam tempoh yang lama. Bateri AGM datang dengan ciri “self dicharge” yang minima.
5. Tahan lasak – asalnya bateri AGM direka untruk kegunaan industri penerbangan, ini bermakna bateri ini dieka dengan lebih kukuh bagi menahan isu gegaran dan getaran. Rekaan seakan sandwich dalam pembinaan struktur bateri memastikan komponen bateri sesuai untuk digunakan pada motosikal berkuasa tinggi dan kereta sport prestasi tinggi
6. Tiada garam putih – enapan sulfida yang biasa terbentuk pada terminal bateri tidak akan terjadi pada bateri AGM, yang biasa berlaku pada bateri asid biasa dan akhirnya menyebabkan kegagalan bateri. Proses enapan sulfida ini berlaku apabila bateri gagal dicaj sepenuhnya
Apabila enapan menjadi terlalu tebal, ia akan menghalang proses pergerakan ion dan penukaran tenaga kimia menjadi tenaga elektrik. Kelebihan ini membenarkan bateri AGM disimpan lama tanpa digunakan dan tidak memerlukan proses pengecasan.

Kelemahan bateri AGM
1. Proses pembuatan mahal – berbeza dengan bateri asid biasa, proses pembuatan bateri AGM adalah lebih mahal terutama disebabkan penggunaan lapisan gentian kaca dalam struktur bateri. Maka harga jualan bateri AGM akan sentiasa lebih mahal berbanding dengan bateri biasa
2. Kandungan tenaga rendah – walaupun berupaya menghentar voltan tinggi dalam masa singkat, kandungan tenaga bateri AGM adalah lebih rendah berbanding dengan bateri asid.
3. Keupayaan untuk mengecas semakin menurun – semakin kerap digunakan maka bateri AGM semakin sukar untuk dicaj berbanding dengan bateri asid biasa
4. Sangat sensitif jika terlebih caj- berbanding dengan bateri asid biasa, bateri AGM memiliki toleransi yang rendah terhadap isu pengecasan berlebihan dan voltan yang tidak mengikut spesifikasi bateri. Keadaan ini akan menyebab bateri AGM cepat rosak jika dicaj pada voltan yang tidak mengikut spesifikasi dan terlebih masa pengecasan
Jadi sebelum membeli kenderaan baru, kami nasihatkan anda untuk menjenguk ke ruangan enjin dan memeriksa jenis bateri yang digunakan pada kenderaan. Ini akan mengelakkan anda daripada terkejut mendengar kos penukaran bateri dan juga bateri AGM agak sukar untuk dicari dalam pasaran.

