
FUSO CANTER EURO 5 TIBA DI PASARAN TEMPATAN TAHUN DEPAN
Hap Seng Trucks Distribution Sdn Bhd (HSTD), Pengedar Am Daimler Trucks, baru-baru ini melancarkan trak tugas ringan FUSO Canter Euro 5 yang akan tiba di pasaran pada tahun 2024.
Menurut Ketua Eksekutif Hap Seng Trucks Distribution Sdn Bhd, Derrick Sim, FUSO TF Canter Euro 5 bukan sahaja mematuhi undang-undang pelepasan gas rumah hijau tetapi juga merangkumi kemampanan dengan reka bentuk mesra alam.
Bagi meraikan ulangtahun ke-60 trak ikonik ini, turut diadakan ialah peraduan Ulang Tahun FUSO Canter ke-60.

Tambahnya, cabutan bulan ini merupakan kali kedua daripada tiga cabutan bertuah, dengan nilai hadiah berjumlah RM900,000.
Cabutan kedua adalah untuk trak yang dibeli dan didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) antara 1 Januari 2023 hingga 31 Ogos 2023.
Sementara, cabutan terakhir akan diadakan pada suku pertama tahun 2024, untuk trak yang didaftarkan antara 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023.
Pada cabutan pertama, pemenang bertuah berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah Mercedes-Benz C-Class C200.
- BACA: PROTON, SMART AUTOMOBILE TANDATANGANI MOA – KAJI PEMASANGAN EV SMART SECARA TEMPATAN
- BACA: TEMPAHAN SMART #1 KINI DIBUKA – TIGA VARIAN, HARGA BERMULA RM200K HINGGA RM250K
- BACA: KIA PANGGIL BALIK LEBIH 18000 STINGER AKIBAT KEGAGALAN PAM BAHAN API
- BACA: BYD KUASAI PASARAN EV ASEAN – STRATEGI PERKENALKAN JENAMA, UNTUNG RUGI NO.2

