
VOLKSWAGEN TIGUAN GENERASI BAHARU DIPERKENALKAN, 4 PILIHAN TRENKUASA
Volkswagen Tiguan generasi baharu akhirnya diperkenalkan secara rasmi dan model popular ini akan memasuki pasaran seawal tahun 2024.
Berdasarkan plat MQB Evo, ia mempunyai ukuran 3cm lebih panjang berbanding generasi sebelumnya sementara ukuran tinggi, lebar dan jarak roda adalah sama seperti model sebelum ini.
Selain itu, model ini juga menawarkan kapasiti ruang but 652 liter, lebih besar 37 liter berbanding sebelumnya.

Mempunyai bahasa reka bentuk model ID.4, model generasi ketiga ini didatangkan bersama lampu hadapan IQ.Light HD, jalur lampu panjang di tengah manakala bahagian belakang dipadankan dengan lampu LED melintang.
Reka bentuk baharu tersebut membolehkan Tiguan lebih aerodinamik, di mana kadar pekali seretannya menurun dari 0.33 kepada 0.28.
Di dalam kabin, Tiguan baharu dilengkapi tempat duduk ergoActive Plus baharu dengan pelarasan lumbar empat arah dan fungsi mengurut.

Perincian lain termasuklah Digital Cockpit berasaskan sistem infotainmen MIV4 dengan skrin digital 10.25-inci, skrin sesentuh 15-inci di bahagian tengah selain, dimuatkan head-up display baharu serta Driving Experience Control dengan skrin mini OLED pada konsol tengah.
Beralih kepada kuasa, Volkswagen menyatakan bahawa model ini dipacu oleh nadi turbodiesel (TDI), turbo petrol (TSI), turbo petrol mild hybrid (eTSI) dan hibrid plug-in (eHybrid).
Volkswagen bagaimanapun masih belum mendedahkan perincian mengenai trenkuasa, tetapi model hibrid dijangka menawarkan jarak gerak elektrik sepenuhnya sehingga 100km.
Untuk keselamatan, ia tiba dengan pelbagai ciri keselamatan seperti Adaptive Cruise Control, Hill Start Assist, Park Distance Control, Lane Keep Assist dan Lane Change Assist.
GALERI:





- BACA: VW GOLF MK9 AKAN JADI ELEKTRIK SEPENUHNYA, BERASASKAN PLATFROM SSP
- BACA: VW GOLF R CKD DILANCARKAN. R PERFORMANCE PACKAGE, 320PS/400NM, SISTEM IQ.DRIVE, BERMULA RM330K
- BACA: 2 PENYELIDIK ITALI MAUT SELEPAS KIT SOLAR HIBRID PADA VW POLO MELETUP
- BACA: GARA-GARA LOGO VW, SUBARU SAMBAR 1996 JDM DIRAMPAS DAN DILUPUSKAN OLEH KASTAM – PEMILIK PUTIH MATA