
G-CLASS W465 ISTIMEWA DARIPADA URBAN AUTOMOTIVE – WIDETRACK DAN AERO KIT
Model yang satu ini barangkali tidak perlu diuraikan sangat secara terperinci. Satu dunia mengenali akan model Mercedes Benz G-Class W465. Sebuah model yang moden yang tampil dengan rekaan klasik sama seperti model keluaran awal.
Model yang dahulunya dikhususkan untuk kegunaan lasak tetapi kini telah bertukar sifat kepada milikan untuk orang ada -ada dan lebih banyak diparkir di kawasan pusat beli – belah eksklusif.

Urban Automotive yang cukup dikenali dengan kemampuan mereka untuk merubah model mewah premium kepada sesuatu yang lebih tinggi telah memberikan takrifan baharu terhadap model Mercedes-Benz G-Wagon W465 dengan menawarkan dua rekaan Widetrack dan Aero Kit.
Untuk varian Widetrack, model asal Mercedes-Benz G-Wagon W465 ini yang cukup ikonik telah diberikan pakej rupa bentuk yang lebih garang terutamanya membabitkan reka bentuk badan yang lebih lebar.
Pakej yang diberikan ini meliputi lebih daripada 40 komponen gentian karbon yang dihasilkan secara dalaman oleh Urban Automotive untuk model ini untuk menjadikannya lebih garang dan eksklusif serta mewah.

Paling ketara sudah tentu ruang gerbang roda di hadapan dan belakang yang menggunakan kemasan gentian karbon yang lebih lebar. Malah bahagian bampar hadapan juga telah diberikan sentuhah baru untuk tampil lebih kemas dan bergaya.
Rekaan baharu turut diberikan pada bonet hadapan yang ringan kini dilengkapi dengan ruang ventilasi udara serta logo UA pada gril hadapan.
Melengkapi kemasan akhir pada model ini adalah roda aloi Urban-Vossen UV-7 berdiameter 23 inci yang kelihatan cukup menyerlah yang telah dihasilkan dengan menggunakan tangan di Miami.

Manakal untuk varian Aero Kit ini pula dihasilkan berdasarkan rekaan kit daripada Soft Kit Urban yang telah dihasilkan sebelum ini dengan reka bentuk yang lebih sederhana berbanding rekaan untuk Widetrack.
Dengan kelebaran yang masih sama, model ini persis dengan model yang asal dari segi reka bentuk. Cuma terdapat rekaan bonet berventilasi baharu, lampu di bahagian bumbung gentian karbon dan juga spoiler belakang. Di belakang terdapat tempat penyimpanan tayar gantian daripada jenama Urban.
Kesemua pakej ini dibangunkan secara sendiri oleh Urban Automotive melalui kilang mereka yang terdapat di Milton Keynes dengan menggunakan gentian karbon gred premium yang lebih ringan dan tahan lasak.
BACA : MERCEDES-BENZ G-CLASS – MENELUSURI SEJARAH 45 TAHUN
BACA : MERCEDES BENZ G-CLASS EDITION STRONGER THAN 1980s. KEMAIN PANJANG NAMA DIA