GAC AION Y PLUS BAKAL DILANCARKAN SEPARUH PERTAMA 2024 – TAWAR JARAK GERAK 490KM
Tidak cukup dengan GAC GS3 dan GAC EMKOO, turut didedahkan ialah GAC AION Y PLUS baharu iaitu jenama Kenderaan Elektrik (EV) pertama di bawah pengedaran WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA).
WTCA mendedahkan bahawa GAC AION Y Plus, SUV Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) dijangka dilancarkan pada separuh pertama 2024.
Model EV ini dikuasakan oleh Magazine battery GAC AION, mempunyai kapasiti 63.2KWH dengan output maksimum 150kW.
Untuk rekod, GAC AION Y PLUS menawarkan jarak gerak sejauh 490km (NEDC) atau 430km (WLTP).
Dari segi penggayaan, GAC AION Y PLUS menampilkan reka bentuk menarik yang diserlahkan oleh lampu depan Angel’s Wing yang unik dengan 7 bar cahaya mendatar.
Bukan itu sahaja, Ia juga menawarkan pilihan terluas dalam segmennya, dengan 7 warna luaran antaranya Glamour Black serta Youthful Green.
Selain itu, GAC AION membuat pelaburan sebanyak RM2 bilion dan mendedikasikan 30 bulan untuk membangunkan Platform Elektrik GAC AION (AEP2.0), sistem canggih yang disesuaikan secara eksklusif untuk kenderaan elektrik (EV).
Platform ini menampilkan jarak roda terluas dalam segmennya pada 2,750mm, dan lantai rata penuh yang luas untuk penumpang belakang.
Perincian lain termasuklah keupayaan unik tempat duduk hadapan untuk bersandar sepenuhnya, berubah menjadi katil double 1.8 meter lebar.
Terdahulu, WTCA telah menandatangani Perjanjian Pengedaran GAC AION pada Januari 2024, di mana langkah strategik ini mewakili langkah penting untuk WTCA ke arah masa depan mobiliti mampan.
“GAC AION mewakili masa depan mobiliti elektrik, dan WTCA berbesar hati untuk diamanahkan sebagai pengedar tunggal dan eksklusif di Malaysia.
“Kerjasama ini menekankan dedikasi kami untuk menyediakan pasaran Malaysia dengan penyelesaian mobiliti yang inovatif dan mesra alam,” katanya.
GALERI: