KERJA GILA, KERETA NASCAR MASUK BERLUMBA DI LE MANS.
National Association for Stock Car Auto Racing atau singkatannya NASCAR adalah perlumbaan kereta stock atau dalam bahasa mudah kereta tanpa modifikasi pada awalnya sebelum berubah menjadi jentera perlumbaan pada zaman model
Perlumbaan NASCAR memerlukan semua pelumba untuk berlumba di litar bujur dengan jarak antara 400 meter atau 4.28km sebenarnya bermula sebagai perlumbaan suka suka pada tahun 1935. Pada ketika ini kerajaan Amerika mengharamkan arak, menjadikan aktiviti penyeludupan arak adalah aktiviti ekonomi bagi kebanyakan orang
Penyeludup menggunakan kereta standard yang kecil bagi memudahkan lari daripada polis, dengan ruang kargo diperbesarkan atau dimaksimakan untuk menyeludup arak. Penyeludup dan pemandu ini kemudian melakukan modifikasi untuk meningkatkan kelajuan dan pengendalian
Lama lama pemandu dan penyeludup ini akan bertanding sesama sendiri bagi membuktikan siapa lagi hebat, lagi laju dan lagi pintar melarikan diri daripada polis. Bagi menjadikan perlumbaan ini lebih sah dan rasmi, NASCAR ditubuhkan oleh Bill France Sr, pada 1948 denganmengawal selia aktiviti perlumbaan penyeludup yang insaf dan menjadi pelumba ini
Eh tapi boleh ke kereta lumba NASCAR masuk dalam perlumbaan 24 Jam Le Mans? Tahu ke pemandu ambil selekoh? Bukan ke NASCAR main selekoh kiri dan pusing litar bujur sampai lebam? Jadi kami kupas bagaimana sebuah jentera NASCAR dari Hendrick Racing dimodifikasi untuk memasuki perlumbaan NASCAR
1. Jentera NASCAR ini tadi diletakkan di garaj bernombor 56 iaitu garaj khas untuk kategori eksperimen. Pasukan ini mempertaruhkan jentera Chevrolet Camaro ZL1 dengan enjin 5800cc aspirasi normal dengan susunan V8 serta transmisi 5 kelajuan sequential.
Bagi membantu proses penukaran gear, transmisi ini juga disertakan dengan ciri paddleshift di belakang stering berbanding dengan ciri Shiftronic yang biasa.
2. Unit roda iaitu tayar dan rim telah diubah daripada menggunakan 5 bolt dan nut kepada hanya 1 nut tunggal sahaja. Keadaan ini memudahkan pasukan Hendrick Racing menukar tayar sewaktu perlumbaan. Bagi tujuan perlumbaan Le Mans, Goodyear telah menghasilkan tayar yang lebih lebar dan profail sisi lebih nipis berbanding dengan spesifikasi NASCAR
3. Selain daripada tayar belakang direka lebar lebih 2 inci, tayar ini dipasang dengan sensor tanpa bateri terus pada tayar bagi mengukur tekanan tayar semasa perlumbaan. 3 jenis tayar disediakan iaitu tayar slick perlumbaan, intermediate wet dan full wet
4. Bahagian luar jentera Camaro ini pula direka untuk menawarkan downforce yang tinggi dan pada masa sama mengurangkan seretan angin. Beberapa modifikasi tambahan seperti dive plane, canard, dan front splitter digunakan untuk mengarahkan angi supaya terbang ke atas. Bagi melancarkan pergerakan angin di bawah cesi, jentera ini juga turut dipasang dengan rear diffuser.
5. Tiada maklumat tambahan berkenaan dengan enjin V8 5800cc yang digunakan selain daripada ia ditala dengan aspirasi normal. Dalam keadaan asal, enjin ini menjana sehingga 510 kuasa kuda. Tetapi bagi perlumbaan Le Mans, ia telah dinaikkan kepada 750 kuasa kuda
Sebenarnya Hendrick Racing boleh menaikkan lagi kuasa kuda enjin ini tapi akan mengorbankan ketahanan enjin. Untuk bertahan sehingga 4800km, kuasa enjin dihadkan pada 750hp dan ia lebih berkuasa berbanding dengan kelas GTE
6. Bagi kuasa brek, semua brek asal yang menggunakan keluli digantikan dengan brek karbon seramik untuk prestasi yang lebih baik. Pasukan ini juga wajib memasang lampu belakang dan lampu depan bagi perlumbaan waktu malam selain diberikan tangki bahan api yang lebih besar.
7. Bagi mencapai berat 1500kg, jurutera pasukan telah membuang beberapa struktur tambahan yang digunakan sewaktu perlumbaan NASCAR seperti kerangka pengukuhan di depan dan belakang, dan menggantikan semua panel keluli dengan gentian karbon
8. Sewaktu pusingan kelayakan, jentera ini berupaya mencatatkan masa 3 minit 47.56 saat untuk satu pusingan penuh di Le Mans dan dipandu oleh Jenson Button. Sebagai perbandingan jentera Ferrari dari kelas GTE pula mencatatkan masa 3 minit 51.914 saat.
Tapi jentera Ferrari ini adalah jentera yang memenuhi segala regulasi perlumbaan dengan spesifikasi seimbang termasuk berat, kuasa enjin dan bahan api. Tapi ini membuktikan jentera Camaro ini boleh bersaing di Litar Le Mans
9. Tapi bagi kategori inovatif, Camaro ini harus bermula dari belakang sekali disebabkan tidak memenuhi regulasi Le Mans.Tapi daripada 62 jentera yang bertanding, pasukan Hendrick Racing berjaya mendapat kedudukan ke 39, selepas mengalami masalah transmisi dan proses penukaran mengambil masa selama sejam
Ya lepas daripada ini, mungkin kita tak boleh kutuk jentera NASCAR tak pandai ambil selekoh dah.