" "
Buletin

GAC EMKOO DIDEDAHKAN DI PRATONTON EKSKLUSIF – TIBA DI PASARAN TEMPATAN TAK LAMA LAGI

Pada acara Pratonton Eksklusif, WTCA turut mempamerkan sebuah lagi model iaitu GAC EMKOO, bakal tiba di pasaran tempatan pada suku kedua 2024.

GAC EMKOO tampil dengan gril berbentuk – V, sekaligus memberikan penggayaan lebih berani dan moden.

Perincian luaran lain termasuklah sepasang Lampu Depan LED “Eyes of Revelation” serta dipadankan bersama lampu belakang yang direka unik bagi menambah sentuhan futuristik, dinamik dan sporty.

Dari segi dimensi, ia berukuran 4,680mm (panjang), 1,901mm (lebar) dan 1,670mm (tinggi) dengan jarak antara roda 2,750 mm.

Bahagian dalam GAC EMKOO mendedahkan Interior Digital yang benar-benar meningkatkan pengalaman pemanduan, dilengkapi paparan instrumen digital sepenuhnya dengan penampilan separa terapung.

Menurutnya, GAC EMKOO ialah satu lagi tambahan untuk pelanggan di Malaysia, mewakili komitmen seterusnya syarikat untuk menyediakan kenderaan yang pelbagai.

Perincian spesifikasi dan harga bagaimanapun hanya didedahkan menjelang pelancarannya untuk pasaran Malaysia.

GALERI:

Google ads
Back to top button