GAC GS3 EMZOOM DIPERKENALKAN – DUA VARIAN, 177PS, HARGA BAWAH RM130K
WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) hari ini memperkenalkan GAC GS3 EMZOOM, sekaligus memberi pilihan yang lebih banyak kepada pengguna di Malaysia.
GAC GS3 EMZOOM didatangkan dalam dua varian iaitu Exclusive dan Premium-R dengan tawaran harga bawah RM130,000.
GAC GS3 EMZOOM tampil dengan reka bentuk avant-garde dan mempunyai dimensi 4,410mm (panjang), 1,850mm (lebar), 1,685mm (tinggi) dan jarak roda pada 2,560mm, manakala tangki minyak berkapasiti 50 liter.
GS3 didatangkan dengan gril Mecha Wing, Laser Eye LED, Light Dart bagi memberikan nuansa futuristik dan persona agresif.
Pilihan warna bagi GAC GS3 EMZOOM adalah seperti berikut:
- Ivory White
- Starlight Silver
- Lake Blue
- Graphene Grey
Menjengah ke kabin, ia tampil premium dan mewah, dilengkapi paparan untuk sistem infotainmen bersaiz 8-inci berwarna penuh dengan ketersambungan Apple CarPlay, Bluetooth, skrin LCD 3.5-inci dan port pengecasan USB.
Secara mekanikal, GS3 EMZOOM dikuasakan oleh enjin 1.5T GDI generasi ketiga, berupaya menghasilkan sebanyak 177PS @5,500rpm dan 270Nm @1,400rpm.
Nadi berkenaan dipadankan bersama transmisi automatik klac berkembar tujuh-kelajuan dengan pacuan roda depan dan mempunyai daya pecutan 0-100 km/j dalam tempoh 7.5 saat.
Melihat pada keseluruhan model ini, ia bukan hanya sebuah SUV berprestasi tinggi tetapi juga menawarkan keselesaan, penggayaan yang menarik serta fungsi pintar.
Untuk harga pula, seperti dinyatakan di atas, ia boleh dimiliki bermula di bawah RM130,000 dan anda boleh menempah GAC GS3 EMZOOM pada harga RM1,000.
GALERI: