ROLLS-ROYCE PANGGIL SEMULA 107 UNIT SPECTRE, KABEL BUMI ROSAK
Rolls-Royce telah mengeluarkan arahan penarikan semula untuk 107 kenderaan elektrik Spectre disebabkan kabel bumi yang berpotensi rosak.
Walaupun kereta tersebut berharga lebih mahal daripada rumah – ia bermula dari sekitar $422,750 (RM1.9 juta) – beberapa komponen tidak mencapai tahap yang diharapkan.
Pengeluar automotif itu bimbang masalah ini boleh menimbulkan risiko keselamatan yang signifikan.
Rolls-Royce mengatakan bahawa mereka mengesan masalah berkenaan semasa pemeriksaan sebelum penghantaran pada bulan Disember 2023.
Pekerja kemudiannya menyedari terdapat sisa-sisa perekat pada mata sambungan kabel bumi dan memutuskan untuk menangguhkan penghantaran kenderaan Spectre bermula pada 11 Januari 2024.
Menurut Rolls-Royce, sisa-sia perekat mungkin terletak pada kabel bumi yang melekat pada motor elektrik hadapan.
Tambahnya lagi, sisa-sisa perekat tersebut boleh menyebabkan peningkatan rintangan elektrik.
Untuk makluman, Rolls-Royce akan memberitahu pemilik pada 15 Mac untuk membawa kereta mereka kepada pengedar untuk tujuan pembaikan.
Sementara bagi mereka yang menunggu Spectre, Rolls-Royce memberitahu bahawa kereta tersebut kini mempunyai senarai menunggu sekurang-kurangnya setahun.
Tambahnya lagi, walaupun mempunyai masalah, model berkenaan masih selamat untuk digunakan.
- BACA: ROLLS-ROYCE SILVER CLOUD II PARAMOUT – EDISI ISTIMEWA DARIPADA RINGBROTHERS
- BACA: ROLLS-ROYCE BLACK BADGE GHOST ÉKLEIPSIS PRIVATE COLLECTION – TERHAD HANYA 25 UNIT SAHAJA
- BACA: POLIS MANCHESTER LELONG ROLLS ROYCE GHOST DENGAN HARGA RAHMAH, MESRA ABANG MLM
- BACA: ROLLS-ROYCE SILVER CLOUDE II KINI BERUBAH MENJADI EV