Buletin

GAGAL PERBAHARUI LESEN BERMULA 1 OKTOBER BAKAL DIKENAKAN SAMAN- JPJ

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengenakan kompaun dan saman terhadap pengguna jalan raya yang gagal memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM), lesen memandu Malaysia (LMM) dan lesen vokasional (GDL/PSV) bermula 1 Oktober ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim berkata, kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan sebanyak tiga kali lanjutan dilihat memadai.

Menurut beliau, tiba masanya pematuhan terhadap undang-undang dikuatkuasakan semula selepas penamatan moratorium bagi pelanjutan pembaharuan lesen.

“Jika masih ada yang belum memperbaharui lesen sehingga 30 September ini, mereka akan dikenakan tindakan saman serta kompaun dan boleh dituduh di bawah Seksyen 26(1) serta 23(1) mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

“Tidak kira apa kenderaan yang dimiliki, pemandu harus ada dokumen penting yang sah,” katanya ketika sidang akhbar di Terminal Bas Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan.

Zailani berkata, JPJ menjalinkan kerjasama dengan Pos Malaysia Berhad bagi memudahkan urusan orang ramai untuk memproses pembaharuan lesen bermula Isnin. – SH

Google ads
Back to top button