APLIKASI MITSUBISHI CONNECT MY DINAIK TARAF. PELBAGAI FUNGSI MENARIK, MUDAHKAN PENGGUNA
Mitsubishi Motors Malaysia hari ini mengumumkan naik taraf aplikasi mudah alih, MITSUBISHI CONNECT MY demi memberi pengalaman lebih baik kepada semua pelanggannya.
Sebelum ini, aplikasi berkenaan membolehkan pelanggan untuk menempah slot servis, menerima peringatan temu janji dan memeriksa sejarah penyelenggaraan. Kini, ia membenarkan pelanggan meninggalkan kereta di pusat servis dan menunggu di rumah. Apabila kereta siap diservis, satu notifikasi status kenderaan akan diberikan.
Memantau kos servis dan perincian jaminan memang leceh. Jadi, satu lagi fungsi aplikasi itu ialah memberitahu pelanggan anggaran kos servis akan datang dan jaminan. Peringatan supaya untuk memperbaharui cukai jalan dan insurans juga ada disediakan.
Bukan itu sahaja, anda boleh mendapatkan bantuan tepi jalan jika kereta rosak atau mengalami kemalangan menerusi ciri SOS Trace & Track. Cuma perlu sentuh fungsi SOS pada aplikasi, lokasi pengguna akan dikesan dengan tepat menggunakan GPS. Perincian kemudian akan disahkan oleh pegawai khidmat pelanggan Mitsubishio sebelum bantuan dihantar secepat mungkin.
Fungsi-fungsi lain termasuklah kemudahan menghubungi khidmat pelanggan Misubishi Assist 24Hrs (MA24) di talian -800-88-2166. Anda juga boleh mendapatkan bantuan kerosakan 24 jam di seluruh Malaysia.
Aplikasi itu boleh mengenal pasti pengedar terdekat, lengkap dengan maklumat dan navigasi ke sana. Selain servis, aplikasi tersebut turut dikemas kini dengan promosi, berita, acara terkini, maklumat produk serta muat turun e-brosur dengan mudah.
MITSUBISHI CONNECT MY boleh dimuat turun secara percuma daripada Google Play Store dan Apple App Store.
GALERI