Buletin

GAJI BAWA LORI LEBIH LUMAYAN BERBANDING TERBANGKAN PESAWAT

Krisis kekurangan pemandu lori menjadi penyelamat kepada seorang bekas juruterbang kerana gaji yang ditawarkan adalah lebih tinggi berbanding berada di awan biru. 

Aaron Leventhal, 37, sebelum ini bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan tambang murah, Flybe sebelum syarikat itu ditutup susulan pandemik Covid-19.

Leventhal yang sudah pun memiliki lesen lori ketika berkhidmat sebagai tentera sebelum ini terus mengambil peluang untuk mencuba kerjaya baharu.

“Ketika saya bergelar juruterbang, gaji tahunan saya adalah 30,000 pound (RM173,070). Kini saya menerima bayaran lebih banyak sebagai pemandu lori iaitu 40,000 pound (RM230,760) setahun. Dia sempat bekerja dengan Flybe selama 18 bulan sebelum syarikat itu gulung tikar pada tahun lalu.

“Krisis yang berlaku ketika ini secara tidak langsung memberi peluang kepada saya untuk meneruskan kehidupan, malah lebih baik,” katanya kepada Daily Mail.

Pada awalnya, Leventhal berasa amat kecewa kerana berasa usahanya tidak berbaloi dengan keadaan yang berlaku. Namun, dia sekarang sudah boleh menarik nafas lega kerja yang saya lakukannya ketika ini adalah membantu negara dan masyarakat.

Britain sebelum ini berdepan dengan kekurangan kira-kira 100,000 pemandu lori berikutan pandemik Covid-19. Situasi itu  nyata menjejaskan penghantaran barangan di semua pasar raya di seluruh negara. – Utusan Malaysia 

Google ads
Back to top button